UBAT SEMBELIT PALING BERKESAN

Sembelit semasa berpantang adalah masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan kaum-kaum ibu yang baru melahirkan anak, bukan??

Sembelit selepas bersalin sangat membuatkan kita rasa takut dan fobia untuk meneruskan hajat membunag air besar.Dah la masa pantang kena makan makanan yang kering dan rebus sahaja..

Dan ada juga ibu – ibu  yang menjadi fobia dan serik untuk bersalin lagi hanya semata-mata mengalami pengalaman sembelit yang teruk semasa berpantang.Betul tak??

Ada ibu-ibu yang mengalami sembelit yang agak teruk sehingga terpaksa bertapa dan duduk di dalam bilik air selama sejam semata-mata hanya untuk melepaskan hajat yang “besar” itu. Dan najis yang keluar hanya lah sebesar ibu jari kaki..sangat sedih..

Ada kalanya sampai najis bercampur dengan darah fresh kerana terlalu keras dan dikeluarkan dengan secara paksaan hingga menyebabkan buasir yang teruk semasa selepas bersalin.

Buat ibu-ibu diluar sana pasti akan rasa tertekan dengan masalah sembelit pada waktu itu sehinggakan ada juga yang buat keputusan untuk tidak buang air besar semasa awal berpantang.

Kalau ibu yang bersalin normal, takut pula jahitan terbuka..memang seksa..kan..

Saya sendiri melalui semua detik detik sembelit untuk anak saya yang pertama sehinggakan terpaksa duduk di bilir air selama sejam.Masa tu, mak saya pula masih bekerja dan tiada orang yang jaga baby di rumah dan saya terpaksa letak baby di depan pintu bilik air..memang scary dan saya ambil masa 4 tahun untuk bersalin ank ke 2 sebab seriau detik detik itu terjadi lagi.

Anak kedua, dan seterusnya..alhamdulillah..tidak mengalami sembelit lagi..syukurrr..

Jom kita lihat apa Punca Sembelit

1. Malas buang air besar

Malas menunggu najis keluar sehabisnya ketika membuang air besar. Selalu terjadi pada anak kecil yang sedang belajar ke tandas.

 

 

2. Najis yang terlalu keras

Najis keras dan sakit apabila meneran menyebabkan pendarahan pada usus atau rektum.

3. Selalu tahan berak

Menahan daripada membuang air besar disebabkan sedang bekerja, tandas tidak selesa, atau sebagainya.

4. Angin dalam badan

Masalah hadam yang disebabkan oleh angin dalam badan, dan kembung perut. Cuba berurut dengan pakar dan mereka yang mahir.sapu ubat dan minyak untuk melegakan rasa sakit perut.

 

5. Kurang cecair dalam badan

Kurang fiber dan cairan dalam badan adalah faktor paling utama dan paling mudah untuk diselesaikan. Banyakkan minum air kosong dan lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam diet anda.Kurang minum air kosong menyebabkan anda mengalami sembelit.

 

 

6. Tekanan

Terlalu stres juga boleh menyebabkan sembelit selain menjadi punca kepada pemakanan yang tidak sihat.

7. Trauma lepas bersalin

Trauma yang teruk, contohnya selepas bersalin dan rasa takut untuk meneran.Yang ni, memang selalau terjadi sehinggakan rasa seriau untuk bersalin disebabkan takut untuk mengalami detik sembelit.

8. Kurang zat besi

Kurang zat besi dalam badan hingga tiada tenaga untuk meneran.

9. Faktor Umur

Biasanya warga tua mengalami masalah ini akibat fungsi organ yang kurang efisyen, kurang bersenam, atau kurang pergerakan badan.

Apa jalan penyelesaian kepada masalah kerap sembelit yang kronik ini?

Cara Mengatasi Masalah Kerap Sembelit

1. Ambil serat

Lebihkan pengambilan serat dalam setiap hidangan. Serat banyak terdapat dalam sayuran dan tumbuh-tumbuhan.

2. Minum banyak air

Minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari

 

3. Makan herba dan rempah

Masukkan herba dan rempah-ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. Kebanyakan herba dan rempah-ratus ini memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang berkumpul pada hati, buah pinggang, perut dan limpa

4. Cuka epal

Sebaik bangun tidur, minum satu sudu cuka epal. Ia meningkatkan penghasilan asid dalam perut secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan

5. Lemak berkhasiat

 

Makan lemak yang berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak macadamia, avocado, ikan sardin, ikan kembung, ikan kurau, butter dan kekacang

6. Elakkan protein berlebihan

Elak mengambil protein secara berlebihan. Memadai dengan satu genggam untuk satu hidangan.

7. Senaman pernafasan

Lakukan senaman pernafasan setiap hari. Pernafasan yang sekata membantu menghilangkan stress dan melonggarkan saraf yang tersumbat

8. Banyakkan pergerakan fizikal

Lakukan senaman dan regangan badan. Senaman meningkatkan metabolisma, meningkatkan simulasi kontraksi usus dan melawaskan perkumuhan

9. Senaman mencangkung

Lakukan senaman mencangkung. Ia memberi tekanan pada perut dan usus, sekali gus memberi ‘gesa’ untuk buang air besar.

Anda Adalah Digalakkan Untuk Membuang Air Besar Setiap hari Untuk Mengelakkan Sembelit

Ia adalah cara sebaiknya untuk mengeluarkan toksin, benda kotor dan hormon yang rosak dalam badan. Jika tidak, anda terdedah pada pelbagai masalah seperti kurang oksigen dalam darah akibat terlalu banyak toksin.

Bau mulut dan badan yang busuk, insomnia, mual dan gatal-gatal badan adalah simptom anda mengalami masalah sembelit.

 

Ostematrix

Setiap pengambilan Ostematik mengandungi sumber (1000mg) kalsium, (400mg) magnesium dan (400IU) VitaminD. Nutrien-nutrien ini penting diambil bersama untuk penyerapan oleh tubuh dan bagi menghalang endapan mineral.

Omega Guard

Bagaimana OmegaGuard berfungsi?

  • OmegaGuard mengandungi minyak ikan berkepekatan tinggi
  • Minyak ikan ini akan menambahkan jumlah pelincir pada dinding usus yang memudahkan pergerakan najis

BONUS: Omega3 dan DHA dalam Omegaguard boleh membantu perkembangan otak dan sendi yang sihat. Juga boleh mengecutkan sel lemak pada badan dan menyerap kolestrol dalam darah.

Alfalfa

 

Bagaimana Alfalfa berfungsi?

  • Alfalfa diperbuat daripada daun Medicago Sativa yang telah digunakan sejak berzaman-zaman dalam kesihatan tradisional
  • Daun alfalfa berfungsi menyedut toksin dan lelemak daripada tubuh dan usus
  • Toksin yang telah digumpalkan dapat dibuang dengan mudah, tetapi perlu minum air suam dengan banyak

BONUS: Penggalak susu untuk kaum ibu menyusu. Orang lelaki yang ambil ni, TIDAK akan mengeluarkan susu. Jangan panik tak tentu pasal.

TESTIMONIAL SET SEMBELIT SHAKLEE

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 43 : NOOR HARTINI MD SAAD

[MASALAH SUKAR BUANG AIR BESAR DAN SEMBELIT KINI TIADA LAGI]

 


.

Masalah buang air besar dan sembelit boleh menyebabkan ia menganggu kerja harian dan aktiviti kita
setiap hari. Kulit mudah kusam akibat toksin didalam badan tidak dapat dibuang dengan sempurna.
.

Malah berat badan juga akan makin naik tanpa ada sebarang perubahan walaupun sedang berdiet.
Sembelit dan masalah penghadaman boleh menyebabkan usus kita menjadi tidak sihat dan ia boleh
menyebabkan buasir terjadi akibat dari terlalu kerap meneran dan menahan dari membuang air besar.
.

Jika terus dibiarkan masalah ini, ia boleh mengakibatkan badan kita tidak sihat dan kulit wajah kita pun
kusam, tua dari usia sebenar kita dan kita boleh mengidap KANSER USUS.
.

Alhamdulillah itulah yang saya alami sebelum kenal set vitamin Shaklee ini. Pada mulanya saya
mengambil set menyusu asas yang terdiri dari alfalfa, lecithin dan Ostematrik. Alhamdulillah susu badan
kembali meriah time tu dan yang paling menggembirakan saya ialah masalah sukar buang air besar dan
kerap sembelit saya telah dapat diatasi.
.

Kalau ingatkan dahulu 2 kali seminggu atau 3 atau 4 hari sekali adalah rutin biasa saya dapat membuang. Dan dah tentulah ia sangat menyakitkan.
.

Pada mulanya saya menyangkakan adalah perkara biasa sebab badan saya baru kenal vitamin ni, mungkin tindak balas dari vitamin saja yang menyebabkan ia memudahkan pelawasan. Tapi sangkaan saya meleset. Masalah sukar buang besar dan sembelit saya terus hilang malah saya kini konsisten dapat membuang air besar 1 atau 2 kali sehari. Alhamdulillah.
.

Bila saya kongsikan kegembiraan saya ini dengan upline saya iaitu ummi mai md saupi. Barulah saya tahu Ostematriklah yang banyak membantu masalah saya ini.
.

Ostematrik Shaklee ini ialah supplement kalsium yang lengkap dengan pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh kita. Ia mengandungi mineral magnesium,fosforus,vitamin D, zink , kuprum, manganes dan boron.
.

Jadi terbukti Ostematik Shaklee bukan sekadar kalsium biasa.. Dan baru saya tahu jika ingin memilih pil kalsium pastikan pil kalsium yang kita pilih ada vitamin D agar ia membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang dan tubuh kita dengan baik.
.

Alhamdulillah setelah konsisten mengambil set vitamin ini, apa yang menggembirakan hati saya selain masalah buang air besar dan sembelit dapat diatasi, berat badan saya juga kembali turun dan bmi saya kini stabil.
.

Kulit saya kini juga tidak kusam lagi malah sakit lutut yang saya alami kecederaan dizaman sekolah dulu kini tidak sakit lagi… Alhamdulillah.

Semoga dengan perkongsian saya ini, dapat membantu ibu-ibu dan mereka diluar sana yang mengalami masalah seperti saya dapat mengatasinya dengan mencuba set vitamin Shaklee ini. Alhamdulillah.
.

Dengan mengamalkan vitamin dengan konsisten, saya kini lebih sihat ,cergas dan gembira menjalani kehidupan harian saya.

Terima kasih Shaklee..

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen  Shaklee, hubungi saya segera.

 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di senarai kedai online berikut :

SID 917424

FB:  Nur Hidayah Ahmad

Like Page : Suplemen Seisi Keluarga

IG: vitamin.hidayah4582

 

Pengedar Shaklee di IPOH. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

 

Anda juga boleh mendaftar sebagai ahi Shaklee dengan hanya RM75 termasuk postage dan layak menikmati diskaun produk shaklee dari 15 % hingga 20 % dan layak menikmati promosi bulanan dari Shaklee.

DISCLAIMER / PENAFIAN

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan.

Sebelum menggunakan sesuatu produk makanan tambahan / ubatan tidak kira untuk sebarang tujuan, sila rujuk dahulu kepada pakar kesihatan atau pakar pemakanan anda.

terima kasih kerana mengunjungi blog saya 🙂

2 Replies to “UBAT SEMBELIT PALING BERKESAN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge