TIPS MENGATASI BENGKAK SUSU

Bengkak susu perkara biasa di kalangan ibu terutamanya ibu dalam pantang, di awal kelahiran. Memang parah jika dibiarkan melarat.

Sakitnya bengkak susu, ALLAH saja yang tahu. Masa itu, anak nak menyusu pun tak boleh dah. Dua-dua tak selesa, ibu ataupun anak. Mulalah badan ibu pula rasa tak selesa, sampai nak demam dibuatnya.

Kadang suami tak faham betapa deritanya bengkak susu. Bukan boleh terus suakan susu yang membengkak pada bayi yang menangis-nangis sebab nak susu tu. Boleh bayangkan tak sakitnya macamana.

Akak pun pernah kena bengkak susu ni..sampai nak demam dibuatnya..

Sebab masa ni, si anak akk yang kecik, Aira terkena ulser mulut, dia pun sakit nak hisap susu..kita pula seram sebab susu yang membengkak..ngeri…

 

Jom kita tengok apa punca berlakunya  bengkak susu DAN TIPS MENGATASI BENGKAK SUSU YANG SESUAI
1. Lewat memulakan penyusuan kali pertama(Late on set on breastfeeding)

 

Lewat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara, sekaligus menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk menyusu apabila keadaan payudara membengkak.Tetapi ada juga sesetengah ibu yang tidak mempunyai susu lagi seawal selepas bersalin.Saya sendiri kena berurut dulu3, 4 hari baru lah susu ibu keluar.

 

2. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch)

 

Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga menjadi penyebab kepada masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu. Pastikan anda ajar baby anda untuk menyusu secara betul.Pastikan seluruh mulut baby attach betul ke aorela.

 

3. Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap(Inadequate feeding/pumping).

 

Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan pada waktu yang sesuai maka susu ibu tidak keluar dengan lancar. Jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat. Sesi memerah paling sesuai untuk memastikan kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak susu adalah setiap 2-3 jam sekali. Apa yang saya buat, adalah sebelum menyusukan baby secara direct, saya akan pam dulu. Kemudian, baru lah menyusu baby. Hisapan baby menyebabkan payudara akan stimulate  susu untuk keluar semakin banyak sesuai dengan keperluan baby.

 

4. Penyusuan berjadual(Scheduled feeding).

 

Penyusuan berjadual boleh menyebabkan bengkak susu dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan, iaitu pada waktu-waktu tertentu. Sebetulnya, bayi perlu menyusu mengikut signal-signal yang diberikan oleh bayi sendiri, seperti apabila tidur bayi mula terganggu, bayi mula mengecap-ngecap dan menghisap bibir/jari. Menangis adalah tanda paling akhir.

 

Apabila bersama bayi, amalkan penyusuan on demand iaitu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan bayi, bukannya melihat kepada jam. (Watch the baby, not the clock). ramai yang tengok jam, kan.Macam 2 jam sekali ke..sejam setengah sekali ke…

 

5. Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara(5 or 10 minutes rules on each breast).

 

Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Selepas itu, barulah ibu susukan bayi di sebelah payudara lagi. Kerap menukar payudara (switch sides) semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap belah payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu. Ia juga menjadi sebab bayi tidak menerima kandungan lemak dalam susu (hindmilk) yang cukup.

6. Tertinggal sesi memerah. (Skip pumping session)
 
Bagi ibu yang mempunyai jadual kerja yang terlalu padat, sesekali anda pernah tertinggal sesi memerah kerana batasan tugas dan waktu di office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.

Secara fitrah, badan ibu sudah ada rutin penghasilan dan pengeluaran susu mengikut demand bayi (sekerap 1-2 jam sekali dan mengikut jadual memerah yang tetap). Pada waktu itu, badan akan mula menghantar signal seperti payudara rasa berdenyut-denyut atau susu mengalir keluar (leaking) kesan dari hormon oksitosin dan otot payudara yang mula mengecut untuk mengeluarkan susu. Jika sesi memerah tidak dilakukan, saluran susu akan mula membengkak dan tersumbat.

7. Pam susu. (Breast pump).
Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda nak tahu anda menggunakan saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah anda rasa sakit atau pedih pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong pam yang lebih besar.
Contoh: Anda boleh menggunakan Medela. Boleh check saiz corong di website barangan baby..
Keadaan pam susu atau bahagian tertentu pada pam susu yang sudah rosak (breast pumps / parts malfunction) juga boleh menyebabkan kadar sedutan pada pam tidak mencukupi untuk mengeluarkan susu dengan efektif. Periksa semula bahagian-bahagian pada pam susu untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik sebelum memerah.

 

Tapi kalau dah ditakdirkan anda alami bengkak susu, ini cara alternatif yang anda boleh cuba. 6 cara ini, insyaAllah boleh redakan sakit kerana bengkak susu.

6 Cara Terbaik Redakan Bengkak Susu

1. Susukan bayi dengan kerap. 2-3 jam sekali. sejam sekali pun bagus. Kejut bayi jika tidur terlalu lama. Kalau bayi enggan menyusu, perah susu dan kosongkan payudara.Bagaimana caranya? Anda boleh pam susu seberapa kerap yang boleh, sekiranya baby anda tak nak menyusu.

 Image result for bengkak susu

2. Mandi air suam. Gunakan sikat rambut untuk menyikat payudara dari atas ke bawah (areolar) dan dari bawah ke areolar. Berendam dengan air panas suam dapat membantu melembutkan payudara anda. Ketika mandi urut ditempat yang ada benjolan atau ketulan di bahagian belah kanan, kiri, bawah atau atas payudara.

 

 

3.Tips mengatasi bengkak susu dengan membuat 6 urutan seperti di bawah..

 Image result for cara urutan bengkak susu

 

Urutan ini boleh dilakukan bila-bila masa. Lagi kerap lagi baik dan seeloknya mesti dilakukan sebelum menyusu, sebelum mengepam dan semasa mandi.

4. Tuam suam untuk memecahkan “ketulan” atau sumbatan. Boleh tuam dengan tuala suam atau gunakan hot / cold pad. Hot/Cold pad ini boleh dibeli dari farmasi / Kedai barangan bayi. Guna hot/cold pad lebih mudah sebab kepanasannya bertahan lama berbanding tuala.

Tuam semasa mandi dan sangat baik jika kita tuam semasa mengepam/menyusu. Sambil ketulan dipecahkan / blockage disurutkan, ada hisapan dari mulut bayi / breastpump  yang membantu pengaliran susu.

Jika payudara terasa terlalu sakit. Ibu boleh juga gunakan ini untuk tuam sejuk supaya ada rasa kebas dan mengurangkan sakit bengkak.

 

 

5. Minum air suam untuk melancarkan susu ibu.

 

6. Ambil suplemen Lechitin. Ianya sangat membantu memulihkan bengkak susu dan salur susu tersumbat selain banyak manfaat lain untuk kekuatan ingatan juga menguruskan  badan .

 

7.  Anda Kena   Cool, Relaks Dan Tenangkan Fikiran

Sambil menyusu, tenangkan fikiran. Tekanan boleh melambatkan penyembuhan. Cara paling mudah, tenung wajah si manja anda semasa menyusu. Sebaik selesai penyusuan, anda akan mendapati ketulan itu telah hilang.

 

Di Shaklee, ada beberapa suplemen yang insyaAllah boleh membantu anda untuk mengatasi bengkak susu ini…

 

Lechitin disyorkan untuk mengelakkan kejadian saluran duktus tersumbat supaya tidak berulang. Dos yang biasa disyorkan  adalah 3600-4800 mg lecithin setiap hari, atau 1 kapsul Lecithin Shaklee (1200 miligram) 3-4 kali sehari supaya tidak berulang.
Kadang kala, selepas seminggu atau dua, ibu boleh mengurangkan dos sekiranya keradangan berkurangan. Jika tiada sekatan dalam tempoh 2 minggu lagi dia boleh mengurangkan lagi demi satu. Ibu boleh terus mengambilan lecithin supaya tidak berulang lagi.
Lecithin adalah suplemen tambahan dan juga sebagai lecithin adalah pengemulsi  : molekul phospholipid (seperti lesitin) mengandungi unsur-unsur hidrofobik dan hydrophilic, bahagian hidrofobik mempunyai tarikan kepada lemak dan minyak, dan bahagian hidrofilik mempunyai tarikan kepada air. Jadi mungkin itulah sebabnya lecithin suplemen semulajadi yang baik untuk mengurangkan bengkak susu.
Lechitin Shaklee bukan sahaja berfungsi membantu mengurangkan masalah bengkak susu, malah turut membantu mengurangkan lemak dalam badan, mengurangkan symptom lupa dan menguatkan memori. Memang sangat best pengambilan lecithin Shaklee, bukan sahaja untuk wanita malah lelaki dan kanak-kanak juga turut boleh mengamalkan lecithin untuk penguat memori dan mengyingkirkan lemak / kolestrol berlebihan..

Semoga dengan perkongsian saya ini, dapat membantu ibu-ibu dan mereka diluar sana yang mengalami masalah bengkak susu dapat mengatasinya dengan mencuba set vitamin Shaklee ini. Alhamdulillah.

Dengan mengamalkan vitamin dengan konsisten, saya berharap sangat agar anda semua  lebih sihat ,cergas dan gembira menjalani kehidupan harian saya.

Terima kasih Shaklee..

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen  Shaklee, hubungi saya segera.

 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di senarai kedai online berikut :

SID 917424

FB:  Nur Hidayah Ahmad

Like Page : Suplemen Seisi Keluarga

IG: vitamin.hidayah4582

 

Pengedar Shaklee di IPOH. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

 

Anda juga boleh mendaftar sebagai ahi Shaklee dengan hanya RM75 termasuk postage dan layak menikmati diskaun produk shaklee dari 15 % hingga 20 % dan layak menikmati promosi bulanan dari Shaklee.

DISCLAIMER / PENAFIAN

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan.

Sebelum menggunakan sesuatu produk makanan tambahan / ubatan tidak kira untuk sebarang tujuan, sila rujuk dahulu kepada pakar kesihatan atau pakar pemakanan anda.

terima kasih kerana mengunjungi blog saya 🙂

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge