PETUA MENANGANI MENOPAUSE DENGAN BERKESAN

Menopause merupakan suatu gejala normal yang akan dialami oleh setiap wanita sebagai satu petanda usia semakin tua.

Menopause terjadi kerana seorang wanita itu dikatakan telah putus haid dan tiada lagi pengeluaran  telur yang menghasilkan hormon estrogen.

 

Image result for wanita menopause

Apa itu hormon estrogen?

Hormon estrogen adalah hormon seks bagi wanita yang dihasilkan semasa remaja sehingga sampai masa menopause.  Kadar penghasilan hormon estrogen yang semakin rendah akan menyebabkan pelbagai kesan seperti berpeluh, panas badan, jangkitan kuman di bahagaian saluran urin dan berlaku radangan pada vagina.Berapakah umur yang dijangka mengalami menopause?

Selalunya wanita akan mengalami menopause pada umur 45 ke atas, tetapi ada yang lebih awal iaitu seawal usia 40 tahun.  Pelbagai gejala yang akan berlaku kepada penghidap gejala menopause.  Jika sudah sampai masanya anda menopause, pelbagai cara boleh anda lakukan bagi menangani gejala menopause ini.

 

Image result for wanita menopause

 

Jom, kita kenalpasti tanda tanda menopause dan cara menanganinya.

PENDARAHAN

 

Image result for pendarahan faraj selepas haid

 

Tanda-tanda awal menopause ialah seperti berlakunya pendarahan daripada vagina.  Pendarahan yang keluar ini bukan seperti pendarahan ketika datang haid atau saat period iaitu secara teratur.  Tetapi pendarahan yang berlaku ke atas wanita menopause adalah secara tidak teratur. Selalunya pendarahan ini hanya akan keluar sewaktu permulaan menopause.  Pendarahan ini biasanya akan terjadi beberapa kali dalam masa beberapa bulan dan terus akan berhenti keluar.  Gejala ini juga dikatakan sebagai gejala peralihan kerana muncul pada awal menopause.

EMOSI TIDAK STABIL

 

Image result for pendarahan faraj selepas haid

 

Kebanyakan wanita yang akan memasuki fasa menopouse ini seringkali mempunyai emosi yang tidak stabil.  Emosi ini sering dikaitkan dengan masalah daya ingatan menjadi lemah, mudah marah, perubahan mood yang sangat cepat dan sensitif atau pun mudah tersentuh. Apabila emosi wanita mula terganggu, banyak tindakan yang dilakukan tidak mendapat fokus yang secukupnya.  Oleh hal yang demikian, wanita yang telah lanjut usia ini selalunya disarankan berehat dan tidak perlu melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan stress kepadanya. Gangguan emosi juga boleh menyebabkan seseorang itu akan mengalami insomnia. Apabila tidur tidak mencukupi, wanita  akan mudah lemah dan letih.

JANGKITAN KUMAN PADA SALUR KENCING

 

Image result for pendarahan faraj selepas haid

 

Bagi wanita yang menopause, masalah jangkitan kuman di saluran kencing sering berlaku.  Hal ini  kerana semasa menopause, pengeluaran hormon estrogen sudah semakin menurun. Jika hal ini terjadi, dinding uterus atau dinding rahim akan semakin menipis.  Jadi, jika pasangan melakukan hubungan seks dalam keadaan tidak mementingkan kebersihan, saluran kencing wanita menopause akan mudah dijangkiti kuman.

 

KULIT MENJADI KERING

 

Image result for pendarahan faraj selepas haid

 

Gejala menopause yang lain ialah apabila kekurangan hormon estrogen. Kekurangan hormon estrogen dalam badan kesan daripada menopause akan mengakibatkan kulit menjadi kering.  Apabila kulit mulai kering dan tidak lembap, kulit-kulit mula mengedut dan mengecut.Bahagian-bahagian kulit yang mudah kelihatan berkedut adalah seperti di bahagian muka, tangan dan kaki.  Pengambilan air masak yang secukupnya dapat mengatasi masalah kekurangan air dalam badan yang juga penyebab kulit kering dan berkedut.

OSTEOPOROSIS

Gejala menopause yang terakhir ialah mengalami osteoporosis. Osteoporosis atau tulang poros adalah satu masalah yang serius dalam menopause. Tulang biasanya akan dipecahkan dan diganti, tetapi dalam menopause, tulang yang dipecahkan adalah melebihi tulang yang dibina semula.Oleh itu, tulang mudah patah terutamanya tulang pinggul, pergelangan tangan dan tulang belakang.  Wanita dengan kepadatan tulang yang tinggi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengidap osteoporosis berbanding wanita dengan kepadatan tulang yang rendah. Estrogen mengawal tulang daripada kehilangan kalsium. Seorang wanita boleh kehilangan 2-5 % kepadatan tulang dalam jangka masa 5 tahun semenjak bermulanya menopause. Osteoporosis tidak mempunyai simptom di awal penyakit. Cuma di peringkat akhir penyakit ia menyebabkan kesakitan tulang belakang dan abdomen.

 

BAGAIMANA KITA BOLEH MERAWAT MENOPAUSE DENGAN BAIK

Senaman

Senaman ringan akan membantu seorang wanita dalam menghadapi putus haid ini dengan sihat. Selalunya masalah ini akan terjadi di usia tua.  Jadi, olahraga atau senaman ringan selama 30 minit sudah mencukupi untuk anda kekal sihat.Selain itu anda juga perlu sabar dan tenang. Hal ini kerana ia  merupakan sebuah proses fisiologi maka penting untuk anda  menanamkan kesabaran dan ketenangan dalam menerima kenyataan terhadap perubahan yang terjadi dalam masa menopause ini kerana gejala putus haid ini pasti akan terjadi.Hal ini memerlukan   sokongan daripada anggota keluarga yang lain dalam menghadapi sikap wanita yang menopause.

 

Pengambilan makanan dan nutrisi yang sihat

 

Pengambilan makanan yang sihat juga membantu dalam menangani gejala menopause. Disarankan untuk mengambil makanan yang banyak mengandungi sumber bijiran, protein seperti gandum, tahu, dan tempe.Perbanyakkan juga makanan yang mengandungi antioksida kerana antioksidan ini bermanfaat untuk menjaga sistem kekebalan tubuh dan juga bersifat mengusir racun dari dalam tubuh dan menunda tanda-tanda penuaan.Wanita menopause juga dinasihatkan agar elakkan dari jenis minuman seperti kafein, kopi, alkohol, minuman bersoda, rempah-rempah dan makanan berlemak

Selain daripada itu, pengambilan suplemen juga adalah penting untuk wanita yang mengalami menopause.

 

Berikut adalah cadangan suplemen untuk membantu wanita menopause menghadapi masalah emosi dengan stabil dan berkesan

GLA Complex Shaklee

 

Gla Complex Shaklee adalah vitamin terbaik yang boleh diambil oleh wanita yang menghampiri menopause ataupun yang telah menopause. Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini?

Antara fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Semasa menopos, hormon estrogen turun secara mendadak.

Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopos.

Bagi wanita yang mengalami menopause awal  adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana GLA membantu melambatkan menopause dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.

Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.

Sekiranya wanita menopause  kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.

Pertambahan berat wanita menopause juga agak membimbangkan. Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex. GLA membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan.

Jadi, GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya yang bakal, dan sedang menghadapi menopause.

OMEGA GUARD SHAKLEE

 

Omega terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan DHA kepada tubuh badan kita.

Antara fungsi EPA adalah:

-Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan

-Baik untuk pesakit jantung

-Menghindar tekanan perasaan

-Mencegah penyakit darah tinggi

-Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan.

-Ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.

Fungsi DHA pula adalah membantu

-Mencegah asma

-Meningkatkan daya seksual

-Mencegah sakit kulit

-Mengelakkan kanser payu dara

-Mengelak kanser prostat

-Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan.

-Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

-Menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata.

 

OSTEMATRIX

 

Ini adalah vitamin kalsium yang membantu meningkatkan kesihatan tulang, meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan simptom osteoporosis. Pengambilan kalsium secara konsisten bukan sahaja membantu masalah tulang juga membantu masalah sembelit, mencantikan kulit serta melegakan pengecutan otot ketika haid.

 

Walau apa pun penyebabnya, pengalaman-pengalaman seorang wanita sebelum dan selepas putus haid akan menjadi satu pengalaman yang pahit dalam hidupnya kerana kadang-kadang simptom-simptom yang hadir adalah agak serius.

 

Tetapi, ada juga wanita yang langsung tidak pernah mengalami apa-apa simptom semasa dia putus haid.  Bergantung kepada corak kehidupannya.  Bagi wanita yang telah bersedia dari segi fizikal dan mental mereka akan kuat untuk menerima sebarang bentuk masalah yang datang.

Apa pun, sokongan orang tersayang adalah lebih penting dan dapat mengatasi segalanya.

 

 

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee Shaklee, hubungi saya segera.

 

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di senarai kedai online berikut :

 

Nur Hidayah Ahmad  0165554582

SID 917424

FB:  Nur Hidayah Ahmad

Like Page : Suplemen Seisi Keluarga

IG: vitamin.hidayah4582

Saya adalah pengedar Shaklee Ipoh. Saya boleh COD area berhampiran Kampar – Gopeng dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.NAK BELI SENDIRI???BOLEH…KLIK LINK INI

 

anda boleh klik link di atas untuk pembelian secara online atau dapatkan khidmat konsultasi dari saya untuk pembelian produk anda.

Terima kasih kerana mengunjungi blog vitamin saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge