CARA BERKESAN MENGATASI SAKIT BUASIR

Apa itu Buasir??

Penyakit buasir adalah penyakit yang  sering melanda orang dewasa berumur diantara 20-30 tahun di Malaysia. Akan tetapi , ramai yang mengalami tetapi tidak mengambil rawatan awal  kerana malu. Akibatnya ,apabila sudah di peringkat yang lebih teruk buasir ini akan lebih susah untuk ubati.

Mari kita lihat jenis-jenis buasir

Ada dua jenis buasir iaitu Buasir Dalaman dan Buasir Luaran.

Buasir atau hemorrhoids boleh di kategorikan kepada dua kumpulan iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.  Buasir dalaman adalah apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. Sementara buasir luaran pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur.

Buasir Dalaman:

Biasanya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang tertekan, teregang dan kadangkala ianya boleh pecah dan menyebabkannya berdarah.

 

Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. Buasir dalaman ini juga boleh menyebabkan pesakit merasa ada ‘ketumbuhan’ (prolapse) terkeluar di lubang anus mereka terutama ketika membuang air besar.

 

 

 

 

Buasir Luaran:

Buasir ini adalah buasir yang selalu kita dengar dengan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.

 

Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang  maka akan terjadinya buasir. Ini adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya

 

 

 

Mari kita tengok tahap  tahap buasir.

Buasir dalaman ini  boleh dibahagikan kepada 4 tahap.

 

Tahap I  : Buasir hanya berdarah saja, tetapi tidak terkeluar

Tahap II  : Buasir terkeluar dan boleh masukkan dengan sendirinya, samada berdarah atau tidak

Tahap III : Buasir terkeluar dan perlu ditolak semula ke dalam dengan jari, samada berdarah atau tidak

Tahap IV : Buasir terkeluar dan tidak boleh langsung dimasukkan semula

Jom kita tengok pula apakah penyebab utama berlakunya buasir?

– Sentiasa duduk

– Meneran (ketika najis keras atau sembelit)

– Cirit-birit

– Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama

–  Batuk yang teruk

– Bersalin

-Mengangkat berat

–  Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual

-Tetapi, ada kalanya buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.

 

 

Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.

 

Bagaimanakah pula cara untuk mencegah buasir dari terjadi?

Anda boleh mencegah buasir dengan mengamalkan petua-petua berikut:

-Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum. Jangan duduk dalam jangka masa yang lama.

-Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan sesekali menahan nafas anda ya…

 

 

-Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

 -Jadikan sebagai satu peraturan!!!

Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Pastikan najis anda sentiasa lembut.

Sekiranya terdapat pendarahan yang teruk dan buasir semakin terjulur keluar dan membengkak, amat disarankan untuk anda terus merujuk kepada pakar perubatan untuk rawatan. Jangan dibiarkan menjadi lebih teruk kerana dikhuatiri akan memudaratkan anda.

 

 

Terdapat pelbagai rawatan yang boleh dilakukan seperti menyapu krim/salap, Daflon  dan yang paling berkesan dan selamat adalah mengamalkan suplemen Set Buasir Shaklee

Tabiat harian serta pemakanan amat mempengaruhi keadaan penyakit ini. Pastikan anda menguruskan diri dengan:

  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 – 2 liter sehari.
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

Set Buasir Shaklee Terdiri Daripada

Alfalfa Complex
Suplemen ini digunakan secara tradisional untuk membantu sembelit dan ia juga mengandungi serat yang sangat bagus .Ia  berfungsi untuk menjaga kesihatan usus kita dan mengurangkan tekanan pada rektum.
Ostematrix
Suplemen kalsium dalam bentuk kaplet yang senang ditelan. Ia sangat berkesan dalam  membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar. Ia juga memberi keselesaan apabila ada luka di bahagian dubur kerana ostematrix juga boleh melembutkan najis. Sangat awesome!!!Membantu mengelakkan kanser usus. Ostematrix ini banyak membantu wanita hamil / lepas berpantang yang ada sembelit . Cubalah..anda pasti kagum!!!
Omega Guard
Suplemen minyak ikan terbaik di dunia kerana kaya dengan EPA dan DHA. Ia juga sangat bagus untuk kesihatan sendi dan otot. Beri rasa yang melegakan apabila membuang air besar yang sakit dan perit. Dan juga membantu mengecutkan otot yang bengkak.Boleh diberikan kepada anak anda yang mengalami masalah sembelit juga!
Vitamin C
Sangat disaran untuk mereka yang ada masalah najis berdarah kerana vitamin C boleh bantu menyembuhkan luka-luka dalam dubur dengan cepat .

 

TESTIMONIAL SET BUASIR SHAKLEE

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5

TESTIMONI 43 : NOOR HARTINI MD SAAD

[MASALAH SUKAR BUANG AIR BESAR DAN SEMBELIT KINI TIADA LAGI]

 

Masalah buang air besar dan sembelit boleh menyebabkan ia menganggu kerja harian dan aktiviti kita setiap hari. Kulit mudah kusam akibat toksin didalam badan tidak dapat dibuang dengan sempurna.

Malah berat badan juga akan makin naik tanpa ada sebarang perubahan walaupun sedang berdiet.

Sembelit dan masalah penghadaman boleh menyebabkan usus kita menjadi tidak sihat dan ia boleh

menyebabkan buasir terjadi akibat dari terlalu kerap meneran dan menahan dari membuang air besar.

Jika terus dibiarkan masalah ini, ia boleh mengakibatkan badan kita tidak sihat dan kulit wajah kita pun

kusam, tua dari usia sebenar kita dan kita boleh mengidap KANSER USUS.

Alhamdulillah itulah yang saya alami sebelum kenal set vitamin Shaklee ini. Pada mulanya saya mengambil set menyusu asas yang terdiri dari alfalfa, lecithin dan Ostematrik. Alhamdulillah susu badan kembali meriah time tu dan yang paling menggembirakan saya ialah masalah sukar buang air besar dan kerap sembelit saya telah dapat diatasi.

Kalau ingatkan dahulu 2 kali seminggu atau 3 atau 4 hari sekali adalah rutin biasa saya dapat membuang. Dan dah tentulah ia sangat menyakitkan.

Pada mulanya saya menyangkakan adalah perkara biasa sebab badan saya baru kenal vitamin ni, mungkin tindak balas dari vitamin saja yang menyebabkan ia memudahkan pelawasan. Tapi sangkaan saya meleset. Masalah sukar buang besar dan sembelit saya terus hilang malah saya kini konsisten dapat membuang air besar 1 atau 2 kali sehari. Alhamdulillah.

Bila saya kongsikan kegembiraan saya ini dengan upline saya iaitu ummi mai md saupi. Barulah saya tahu Ostematriklah yang banyak membantu masalah saya ini.

Ostematrik Shaklee ini ialah supplement kalsium yang lengkap dengan pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh kita. Ia mengandungi mineral magnesium,fosforus,vitamin D, zink , kuprum, manganes dan boron.

Jadi terbukti Ostematik Shaklee bukan sekadar kalsium biasa.. Dan baru saya tahu jika ingin memilih pil kalsium pastikan pil kalsium yang kita pilih ada vitamin D agar ia membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang dan tubuh kita dengan baik.

Alhamdulillah setelah konsisten mengambil set vitamin ini, apa yang menggembirakan hati saya selain masalah buang air besar dan sembelit dapat diatasi, berat badan saya juga kembali turun dan bmi saya kini stabil.

Kulit saya kini juga tidak kusam lagi malah sakit lutut yang saya alami kecederaan dizaman sekolah dulu kini tidak sakit lagi… Alhamdulillah.

Semoga dengan perkongsian saya ini, dapat membantu ibu-ibu dan mereka diluar sana yang mengalami masalah seperti saya dapat mengatasinya dengan mencuba set vitamin Shaklee ini. Alhamdulillah.

Dengan mengamalkan vitamin dengan konsisten, saya kini lebih sihat ,cergas dan gembira menjalani kehidupan harian saya.

Terima kasih Shaklee.

 

Testimonial 2

 

 

Testimonial 3

Anda semua boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut mengenai maslah ini ya…

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen  Shaklee, hubungi saya segera.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di senarai kedai online berikut :

FB:  Nur Hidayah Ahmad

Like Page : Suplemen Seisi Keluarga

IG: vitamin.hidayah4582

 

Saya adalah pengedar Shaklee di IPOH, Kampar dan Gopeng. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

 

Anda juga boleh mendaftar sebagai ahi shaklee dengan hanya RM75 termasuk postage dan layak menikmati diskaun produk shaklee dari 15 % hingga 20 % dan layak menikmati promosi bulanan dari shaklee

Ingin membeli suplemen ini???

 

Anda boleh membuat belian sendiri dengan menekan butang di atas ya..

 

DISCLAIMER / PENAFIAN

 Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Pembaca yg mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan.

Sebelum menggunakan sesuatu produk makanan tambahan / ubatan tidak kira untuk sebarang tujuan, sila rujuk dahulu kepada pakar kesihatan atau pakar pemakanan anda.

Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya..Semoga anda mendapat ilmu yang bermanfaat.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge