TIPS KECUTKAN TONSIL SECARA SELAMAT

Mengalami sakit tekak ketika demam sering terjadi kepada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Lazimnya, jika mengalami sakit tekak seperti ini, ia disebabkan oleh tonsil yang membengkak akibat jangkitan kuman.

 

 

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut. Tonsil berfungsi untuk menapis virus dan bakteria daripada masuk ke saluran pernafasan kita. Dan sekali gus menjadikannya salah satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, kadangkala tonsil gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu untuk menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi dan membengkak. Keadaan ini dipanggil sebagai tonsilitis.

 

Tompokan putih menunjukkan tonsil telah dijangkiti kuman.

 

JOM KITA KENALI DULU APA ITU TONGSIL SEBENARNYA??

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri  daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-
 ♣ Adenoids – tonsil yang terletak di belakang hidung
♣ Lingual tonsils – tonsil di belakang lidah
♣ Palatine tonsils – tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.
Apa Itu Radang Tonsil?
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jangkitan di dalam mulut contohnya. Pembengkakan ini merupakan reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan membengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.
Apakah Penyebab dan Gejala Tonsil?
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Continue reading “TIPS KECUTKAN TONSIL SECARA SELAMAT”