Lokasi Stokis dan Branch Shaklee Ipoh, Perak

Sekiranya anda adalah pengguna setia produk Shaklee, sangat penting untuk anda mengetahui di mana lokasi cawangan @ branch Shaklee di Malaysia.Ini kerana, Ia lebih mudah kerana anda boleh mendapatkan produk-produk Shaklee secara direct dari stokis / branch terutamanya jika rumah anda berdekatan dengan branch.

 

Menjimatkan masa dan mudah bukan.

 

 

Continue reading “Lokasi Stokis dan Branch Shaklee Ipoh, Perak”

CARA MERAWAT PSORIASIS DENGAN BERKESAN

Psoriasis adalah merupakan masalah keradangan pada kulit dan ianya dikatakan berkaitan dengan gangguan sistem autoimun. Kira-kira 2 hingga 3 peratus penduduk di Malaysia mengalami masalah psoriasis. Ini termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Kulit akan menjadi seakan-akan bersisik dan berkerak tebal dikebanyakkan bahagian tubuh badan terutamanya di bahagian kaki, bawah punggung, lutut, siku, tangan serta kulit kepala.

Psoriasis juga boleh mengakibatkan kuku rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).

Psoriasis ini biasanya terjadi kepada golongan dewasa dan ia tidak menular atau berjangkit. Tetapi ada juga beberapa kes berlaku pada kanak-kanak.  Hal demikian ini terjadi kerana serangan kekebalan tubuh (autoimun) disebabkan jumlah limfosit yang tidak normal dan sistem autoimun yang terlalu aktif.

PUNCA BERLAKU PSORIASIS

Penyelidikan terhadap penyakit kulit ekzema dan psoriasis ini hanya menunjukkan ia ada kaitan dengan faktor genetik. Tidak dapat diketahui punca utama secara spesifik setakat ini mengapa penyakit psoriasis boleh berlaku.  Ini bermakna jika kita mempunyai penyakit ini, anak atau cucu cicit kita juga kemungkinan besar akan menghidapinya. Hanya yang membezakannya adalah keadaannya antara teruk atau tidak sahaja.

Atau boleh juga dikatakan penyakit ini adalah penyakit keturunan. Namun kita boleh menghalangnya dari berlaku.Namun begitu, ada beberapa faktor lain yang menyebabkan dan mempengaruhi keadaan sekiranya pesakit tidak dirawat dengan baik seperti :

  • Infeksi
  • Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
  • Kecederaan kulit
  • Tekanan emosi
  • Cuaca
  • Persekitaran alam sekitar
  • Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol

Kulit yang dijangkiti penyakit psoriasis akan kelihatan hodoh dan menggerutu. Namun, kita sebenarnya boleh mengawal ia dari berlaku.

CARA MENGAWAL PENYAKIT INI DARI RUMAH

Walaupun masih belum ada cara yang dijamin berkesan untuk menyembuhkan penyakit psoriasis, tapi terdapat cara untuk mengawal simptom-simptom ringan psoriasis yang boleh di buat hanya dari rumah. seperti :

1. Pengambilan Supplement Untuk Meningkatkan Tahap Kesihatan

Amalkan pengambilan supplement bagi mengurangkan simptom psoriasis secara nutrisi dari dalam.

Menurut National Psoriasis Foundation antara yang dikenalpasti boleh meredakan simptom ringan penyakit psoriasis adalah Minyak ikan omega-3, vitamin D, milk thistle (tumbuhan herba), aloe vera, anggur oregon dan EPO.
Ianya boleh didapati secara terus daripada makanan seharian kita atau dalam bentuk supplement. Namun ianya memerlukan nasihat dan saranan pakar dermatologi sebelum pengambilan. Ini untuk mengelakkan kesan awal psoriasis daripada menjadi lebih buruk. Ianya bergantung kepada tindakbalas dan penerimaan seseorang individu.

 

2. Mengelakkan kulit daripada menjadi kering

Gunakan perkakasan pelembab udara (humidifier) di dalam rumah. Ianya boleh mengawal kelembapan udara persekitaran yang menyebabkan kulit kering.
Penggunaan krim pelembab bagi kulit sensitif atau moisturizer juga adalah digalakkan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ianya boleh mengelakkan atau melambatkan pembentukan plak iaitu kulit tebal, bersisik atau berkuping.
Disamping kaya dengan vitamin E yang mesra untuk melembabkan kulit. Minyak zaitun dan minyak kelapa juga bagus untuk kulit. Ianya boleh dijadikan sapuan untuk mengekalkan kelembapan kulit lebih lama.

 

3. Mengelakkan bahan pewangi

Kebanyakkan sabun wangi dan minyak wangi adalah mengandungi bahan kimia yang mana boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Memang ianya digunakan untuk mewangikan tetapi dalam masa yang sama ianya menyebabkan keadaan psoriasis menjadi lebih teruk.

Jangan cuba-cuba hendak menggunakan produk sembarangan atau anda boleh memilih produk yang sesuai untuk kulit sensitif. Elakkan daripada menggunakannya pada kawasan kulit yang terdedah kepada psoriasis.

 

 

4. Menjaga pemakanan

Setiap individu akan mempunyai penyakit psoriasis yang mungkin tidak sama berkaitan dengan alahan makanan tertentu.Ada yang teruk dan ada yang sederhana sahaja. Fahami keadaan alahan kulit anda sendiri. Elakkan makan daging merah dan snek berlemak atau apa sahaja makanan yang boleh mencetus psoriasis.
Pilih makanan yang sesuai dan sihat seperti buah-buahan dan sayuran, ikan (yang tidak mendatangkan alahan), biji-bijian, kekacang yang kaya dengan omega-3 untuk mengurangkan keradangan pada kulit.

 

 

5. Mandi dengan air suam

Mandian hangat air suam bercampur garam epsom, minyak zaitun, herba dan sebagainya juga boleh membantu meredakan kegatalan dan melegakan kulit. Gunakan pelembab kulit selepas mandi kerana ianya boleh menambahkan kesan baik pada kulit terjejas.

 

 

6. Cuba Kawal stress dengan baik

Simptom psoriasis kadangkala ringan dan kadangkala tiba-tiba ianya boleh menjadi berat apabila sampai masa yang tertentu. Jadi menahan diri daripada kegatalan serta tidak menggaru kulit terjejas psoriasis sering meningkatkan tahap stress.

Pada tahap ini, kesedaran dan kesabaran serta bijak mengawal situasi mungkin boleh menyelamatkan keadaan dan meredakan gangguan emosi. Berkongsilah masalah dan maklumat dengan rakan-rakan psoriasis lain dalam Persatuan Psoriasis Malaysia. Ianya mungkin boleh membantu.

 

7. Berhenti merokok segera

Merokok sememangnya memberikan lebih banyak kesan negatif kepada perokok derta orang disekelilngnya. Merokok juga boleh menyebabkan ubat atau nutrisi pemakanan yang baik untuk mengawal psoriasis tidak dapat diserap dengan sempurna. Ianya boleh menyebabkan kulit menjadi mudah kering kerana mengurangkan keberkesanan vitamin C dalam badan.

 

8. Berjumpalah dengan pakar dan minta nasihatnya.

Sukar untuk memilih cara yang sesuai untuk menangani masalah psoriasis bagi setiap orang. Mungkin ya, untuk orang tertentu tetapi mungkin langsung tidak memberi kesan kepada orang lain.

Rujuk dan berbincang dengan doktor pakar dermatologi terlebih dahulu. Ianya adalah lebih baik. Biar mereka mendiagnosis masalah dengan lebih teliti sebelum anda bertindak untuk menanganinya sendiri di rumah.

 

 

CADANGAN SET SHAKLEE UNTUK PSORIASIS

SET DETOX SHAKLE

Ini adalah set paling baik sebelum mengambil suplemen lain. Pesakit psoriasis digalakkan mengambil set detox ini terlebih dahulu. Ini adalah bagi membantu mengeluarkan toksin daripada dalam badan di samping membantu proses penyerapan vitamin lain yang lebih berkesan. Set detox Shaklee ini mengandungi

1.Vivix Shaklee

Vivix Shaklee merupakan minuman campuran botani dan ianya revolusi terbaru di dalam pemakanan. Mengandungi polifenol dengan gabungan unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu.
Polifenol pula adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix Shaklee membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat sel-sel keperingkat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membantu memperbetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah satu punca psoriasis iaitu genetik.

 

2.DTX Complex

DTX Complex mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu merangsangkan pembaikan dan regenerasi sel hati di samping mengekalkan pengaliran hempedu yang normal serta mengeluarkan toksin daripada tubuh badan.

 

3.Herblax

Ianya berfungsi untuk pembersihan secara lembut dalam proses pembuangan harian untuk penyerapan vitamin lain menjadi lebih mudah serta berkesan. Herblax membantu proses detox pada organ usus besar.

 

4.Alfalfa Complex

Alfalfa adalah merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ianya berfungsi mencuci hati, darah dan usus. Sebagai detoks harian bagi membantu memulihkan dan mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersih hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Juga berfungsi mengurangkan alahan dan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan. Ianya juga membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol , alfalfa bertindak seperti ‘span’ untuk menyerap lemak degil dan dinyahkan dari tubuh melalui proses pembuangan yang lancar.

 

5.Peppermint Ginger Plus

Mengandungi bahan seperti pudina yang kaya dengan vitamin c bagi membantu membunuh kuman serta membantu mengurangkan rasa loya dan mual.
Selain itu ianya mengandungi halia yang baik untuk sistem penghadaman dan mengelakkan angin atau kembung. Ramuan lain pula adalah seperti jintan manis yang bagus untuk mencuci usus dan perut. Justeru ianya baik untuk perut berasid dan berangin.

Suplemen di atas adalah suplemen utama untuk mengawal penyakit Psoriasis. Selain supplement diatas, pesakit psoriasis juga disarankan untuk mengambil dan mengamalkan produk berikut:

Sustained Released Vitamin C

Ianya bersifat antioksidan dan sangat baik untuk meningkatkan sistem imun. Nutriferon adalah pencetus, manakala vitamin c adalah askar yang bekerja untuk menjaga sistem imun kita. Jadi selain Nutriferon, vitamin C juga penting untuk sistem imun yang kuat. Selain itu vitamin C juga terbaik untuk kesihatan kulit.

 

Omega Guard

Omega Guard Shaklee adalah merupakan minyak ikan omega 3 yang 99.99% tulen. Minyak ikan membantu meningkatkan imunisasi badan dan bersifat anti radang justeru dapat mengawal keradangan kulit. Minyak ikan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE seperti psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun.

 

Nutriferon

Nutriferon telah dicipta oleh pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dengan lebih daripada 40 tahun penyelidikan. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells, makrofag.

Bagi psoriasis, Nutriferon dapat membantu merangsangkan pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat. Selain itu Nutriferon juga membantu memerangi virus dan seterusnya mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti, kembung perut, rasa mual, muntah.

 

Bcomplex

Bcomplex membantu dalam proses penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan anti kemurungan (stress). Ia adalah nutrien anti-kemurungan. Memandangkan salah satu sebab psoriasis menjadi merebak adalah disebabkan oleh stress, maka bcomplex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis. Selain itu, bcomplex juga sangat baik untuk memperbaiki kesihatan saraf.

 

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP Shaklee diperbuat daripada soya non-GMO. Justeru itu ianya selamat untuk diamalkan. Memandangkan ianya adalah sumber protein, ianya membantu dalam proses pembinaan sel. Ia berupaya membantu menghasilkan sel yang sihat dan memperbaiki sel yang rosak.

Anda boleh memilih supplement diatas mengikut yang perlu diambil, tetapi jika diambil semua dan bermula dengan set detox, hasilnya in shaa Allah lebih optimum dan berkesan.

 

JOM KITA TENGOK PULA

TESTIMONIAL SET SHAKLEE UNTUK MERAWAT PSORIASIS

TESTIMONIAL 1
TESTIMONIAL 2
TESTIMONIAL 3
TESTIMONIAL 4
INI PULA ADALAH CADANGAN SET PSORIASIS UNTUK ANDA YANG MENGALAMI PENYAKIT INI
Image result for suplemen shaklee psoriasis
SEMOGA DENGAN PENGAMBILAN SET SHAKLEE PSORIASIS, MASALAH PENYAKIT KULIT ANDA BERTAMBAH BAIK DAN DAPAT MENJALANI KEHIDUPAN YANG SIHAT SEPERTI BIASA.
Image result for suplemen shaklee psoriasis
Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee Shaklee, hubungi saya segera.
Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee
www.wasap.my/60165554582
Nur Hidayah Ahmad 0165554582
SID 917424
FB: Nur Hidayah Ahmad
Like Page : Suplemen Seisi Keluarga
IG: vitamin.hidayah4582
SAYA adalah Pengedar Shaklee di IPOH. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:
IPOH, SIMPANG PULAI, MEDAN GOPENG, GOPENG, KAMPAR, TAMBUN.
UNTUK MENDAPATKAN HARGA YNG LEBIH MURAH DENGAN PENJIMATAN 15 % HINGGA 20 % , ANDA BOLEH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK URUSAN PENDAFARAN AHLI ANDA.

PANDUAN MEMULAKAN BISNES SHAKLEE

 

Berikut adalah 3 Cara Paling Mudah  Nak Mulakan Perniagaan Sendiri

1. Tak Perlu Ada Produk Sendiri Pun!
Nak buat produk sendiri?? Modal memang besar. Jadi apa alternatif yang kita ada adalah jual produk orang lain. Tapi haruslah pilih produk yang jenama memang kukuh. Dan produk yang berkesan. Kenapa ye…kita perlu jenama yang kukuh? Antara sebabnya adalah jenama atau ‘branding’ memberi ‘first impression’ kepada bakal pelanggan. Contohnya, jenama Coach, bila dengar pun anda akan rasa hebat, dari jenama Cikidot. Sudahlah tak pernah dengar, bertambah tak yakinlah bakal pelanggan nak beli.
Kalau suplemen pulak, antara produk yang memang sudah ada nama dan produk yang berkesan.Contohnya Shaklee.Tapi saya memilih untuk menjalankan bisnes bersama Shaklee yang sememangnya sudah berada di pasaran dunia sejak 103 tahun yang lalu, dan di Malaysia pula lebih dari 50 tahun. Kukuh bukan? Dan jika produknya tidak berkesan, sudah lama Shaklee gulung tikar.
Tapi ternyata, Shaklee makin menjadi fenomena dan kegilaan ramai. Menurut Mr. Roget Barneet CEO Shaklee Corp (merangkap owner jenama Burberry) pasaran di Malaysia masih luas, hanya 1% yang telah dikuasai dan ada lagi 99% pasaran baru, yang masih belum disentuh. Keputusan ada di tangan anda..samaada nak buat bisnes ataupun tak.

Continue reading “PANDUAN MEMULAKAN BISNES SHAKLEE”

Menjana Pendapatan Dengan Bisnes Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Jom, hari ni akk nak share satu peluang bisnes yang kita sentiasa untung dan tak rugi!!!

Memang tak dinafikan kehidupan sekarang memang mencabar lebih – lebih lagi kalau yang hidup di bandaraya metropolitan macam KL kan?? Semua benda nak guna duit..nak bawak anak anak main pun perlukan duit..

Kalau setakat seisi keluarga berpendapatan 5 ke 6 ribu tu memang sekadar cukup makan sahaja. Nak kata selesa pun tak jugak. Nak kata susah pun tak jugak. Dapat gaji je memang habis membayar segala keperluan yang wajib dibayar setiap bulan. Nak simpan duit pun tak boleh. Itu pon nasib baik kalau takda berlakunya kecemasan seperti anak sakit demam, kereta rosak atau ada hal mustahak di kampung. Memang kadang-kadang tu stress menikam jiwa dibuatnya. Tak syoooknyaaa….

Memang satu usaha perlu dibuat.Semua benda online sekarang, so apa salahnya kalau kita juga menjadi salah seorang dari peniaga online.Daripada saja2 duk pegang handphone, at least kita boleh dapat income pula dengan handphone.Bestkan..

Siapa 2 pun boleh buat bisnes ni..Ilmu perlu dicari..

Mesti nak tahukan kenapa saya pilih Shaklee? Kenapa saya sangat mencintai bisnes Shaklee ini? Nak tahu bagaimana menjana pendapatan dengan Shaklee? Jemput baca entri ini sampai habis (“,)

1.Tidak perlu keluar mencari customer, customer yang akan cari kita ye…cuma kena ada phone dan laptop untuk buat blog..atau pun tak perlu laptop pun tak apa..boleh buat vlog..panjang pulak ceritanya kan...
Saya memang suka menjual dan cari ilmu untuk meniaga suplemen..Rasa rugi sangat tak buat sebab buyer memang banyak di luar sana..kawan kawan se tempat kerj apun mengamalkan suplemen juga..So, tugas kita sharing ilmu nutrisi dan share kebaiakn dan sambil tu boleh buat blog dan share kebaikan di Facebook dan Ig atau boleh buat utube..Saya percaya anda juga mampu melakukannya.Semua zaman online sekarang, kan..

2. Masa yang fleksibel dan sistem yang mudah.

Bagi yang tercari-cari bisnes untuk dilakukan daripada rumah sambil-sambil menjaga anak dan suami, maka Shaklee adalah jawapannya. Untuk membuat sales di internet kita tidak perlu duduk di hadapan laptop 24 jam. Mungkin kita cuma perlukan 1 jam untuk update blog dan facebook atau share di IG.Rangka pelan bisnes anda sendiri. Sistem semua online..tak perlu keluar untuk pos barang pun..semua shaklee yang buat..

3. Tidak perlu menyimpan stok
Memang percaya kan? Cara menjual barang di Shaklee senang sahaja. Cuma perlu rasai dan kongsi pengalaman anda. Apabila mendapat pesanan dari pelanggan saya cuma perlu log on shaklee2u.com.my dan biarkan mereka yang packing dan poskan untuk pelanggan saya. Mudahkan? Kalau anda sedang bercuti-cuti di kampung atau di oversea sekali pun anda masih boleh membuat perniagaan anda ini!
Saya pernah juga terjebak dalam MLM yang kena simpan stock dan akhirnya stock terkubur bawah meja di opis sahaja..sedihkan..RM3K kot..tapi tu syarikat lain..bukan shaklee..

4.Siapa yang berusaha lebih dia yang akan berjaya
Cara konvesional MLM yang lapuk sudah lama dipinggirkan. Semuanya berasaskan online. Anda juga akan diserap ke group online untuk mendapatkan tips dan coaching dari leader. Shaklee bukan skim cepat kaya atau pun MLM yang hanya menjaja marketing plan sahaja. Kekuatan Shaklee adalah produknya. Kalau anda menyertai saya pada hari ini, dan jualan anda melebihi jualan saya, maka anda akan mendapat bonus LEBIH daripada saya.saya pun pernah kena di mana downlines saya yang dapat bonus lebih dari saya sendiri.. Dan sekiranya anda lebih rajin daripada saya, maka anda juga boleh naik pangkat lebih cepat daripada saya.Serius tak tipuu.. Pendek kata, Shaklee bukan bisnes ‘siapa banyak kaki dia banyak duit’ tetapi Shaklee adalah bisnes yang sangat adil ‘siapa paling rajin dia banyak duit’.
Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan dah 103 tahun sudahh….


Istimewanya Shaklee adalah kerana kekuatan produknya. Bagi saya, sekiranya mahu menjual sesuatu produk kita kena pastikan produk itu berkualiti dan selamat. Produk yang berkualiti akan meraih kepercayaan daripada pengguna. Kepercayaanlah yang akan membina nama kita dalam dunia perniagaan dan akan berlakunya pembelian berulang. Kita juga berasa puas dan seronok apabila dapat menggembirakan orang lain dengan produk yang berkualiti dan selamat.

Hanya Bermula dengan modal serendah RM65 tanpa pos atau RM 75 dengan postage, ataupun tanpa modal langsung denagn pembelian RM 700++ dan dapat bonus RM 25 ke atas…
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu menyertai Shaklee.
Caranya senang sahaja.
Hubungi saya untuk menyertai keluarga #teampearlshaklee di bawah naungan group celikvitamingroup dan ireach.

Saya akan uruskan proses pendaftaran dengan mengisi borang keahlian anda.
Bayar yuran keahlian sebanyak RM65

(Sila tambah RM10 untuk kos pengeposan)
Atau pun membeli produk Shaklee bernilai RM700+++ dan anda mendapat keahlian secara percuma dan bonus RM 25.

Banyak lagi sebenarnya cerita best mengenai bisnes Shaklee ni.
Jom menjana pendapatan dengan Shaklee.
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran keahlian Shaklee boleh hubungi saya di:

Nur Hidayah Ahmad
SID : 917424

IG : vitamin.hidayah4582

FB : Nur Hidayah Ahmad

Saya adalah Pengedar Shaklee di sekitar Ipoh- Kampar. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang konsultasi atau penghantaran suplemen Shaklee ke rumah anda. Saya juga membuat pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan free gift dari Shaklee 🙂