Lokasi Stokis dan Branch Shaklee Ipoh, Perak

Sekiranya anda adalah pengguna setia produk Shaklee, sangat penting untuk anda mengetahui di mana lokasi cawangan @ branch Shaklee di Malaysia.Ini kerana, Ia lebih mudah kerana anda boleh mendapatkan produk-produk Shaklee secara direct dari stokis / branch terutamanya jika rumah anda berdekatan dengan branch.

 

Menjimatkan masa dan mudah bukan.

 

 

Continue reading “Lokasi Stokis dan Branch Shaklee Ipoh, Perak”

CARA MERAWAT PSORIASIS DENGAN BERKESAN

Psoriasis adalah merupakan masalah keradangan pada kulit dan ianya dikatakan berkaitan dengan gangguan sistem autoimun. Kira-kira 2 hingga 3 peratus penduduk di Malaysia mengalami masalah psoriasis. Ini termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Kulit akan menjadi seakan-akan bersisik dan berkerak tebal dikebanyakkan bahagian tubuh badan terutamanya di bahagian kaki, bawah punggung, lutut, siku, tangan serta kulit kepala.

Psoriasis juga boleh mengakibatkan kuku rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).

Psoriasis ini biasanya terjadi kepada golongan dewasa dan ia tidak menular atau berjangkit. Tetapi ada juga beberapa kes berlaku pada kanak-kanak.  Hal demikian ini terjadi kerana serangan kekebalan tubuh (autoimun) disebabkan jumlah limfosit yang tidak normal dan sistem autoimun yang terlalu aktif.

PUNCA BERLAKU PSORIASIS

Penyelidikan terhadap penyakit kulit ekzema dan psoriasis ini hanya menunjukkan ia ada kaitan dengan faktor genetik. Tidak dapat diketahui punca utama secara spesifik setakat ini mengapa penyakit psoriasis boleh berlaku.  Ini bermakna jika kita mempunyai penyakit ini, anak atau cucu cicit kita juga kemungkinan besar akan menghidapinya. Hanya yang membezakannya adalah keadaannya antara teruk atau tidak sahaja.

Atau boleh juga dikatakan penyakit ini adalah penyakit keturunan. Namun kita boleh menghalangnya dari berlaku.Namun begitu, ada beberapa faktor lain yang menyebabkan dan mempengaruhi keadaan sekiranya pesakit tidak dirawat dengan baik seperti :

  • Infeksi
  • Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
  • Kecederaan kulit
  • Tekanan emosi
  • Cuaca
  • Persekitaran alam sekitar
  • Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol

Kulit yang dijangkiti penyakit psoriasis akan kelihatan hodoh dan menggerutu. Namun, kita sebenarnya boleh mengawal ia dari berlaku.

CARA MENGAWAL PENYAKIT INI DARI RUMAH

Walaupun masih belum ada cara yang dijamin berkesan untuk menyembuhkan penyakit psoriasis, tapi terdapat cara untuk mengawal simptom-simptom ringan psoriasis yang boleh di buat hanya dari rumah. seperti :

1. Pengambilan Supplement Untuk Meningkatkan Tahap Kesihatan

Amalkan pengambilan supplement bagi mengurangkan simptom psoriasis secara nutrisi dari dalam.

Menurut National Psoriasis Foundation antara yang dikenalpasti boleh meredakan simptom ringan penyakit psoriasis adalah Minyak ikan omega-3, vitamin D, milk thistle (tumbuhan herba), aloe vera, anggur oregon dan EPO.
Ianya boleh didapati secara terus daripada makanan seharian kita atau dalam bentuk supplement. Namun ianya memerlukan nasihat dan saranan pakar dermatologi sebelum pengambilan. Ini untuk mengelakkan kesan awal psoriasis daripada menjadi lebih buruk. Ianya bergantung kepada tindakbalas dan penerimaan seseorang individu.

 

2. Mengelakkan kulit daripada menjadi kering

Gunakan perkakasan pelembab udara (humidifier) di dalam rumah. Ianya boleh mengawal kelembapan udara persekitaran yang menyebabkan kulit kering.
Penggunaan krim pelembab bagi kulit sensitif atau moisturizer juga adalah digalakkan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ianya boleh mengelakkan atau melambatkan pembentukan plak iaitu kulit tebal, bersisik atau berkuping.
Disamping kaya dengan vitamin E yang mesra untuk melembabkan kulit. Minyak zaitun dan minyak kelapa juga bagus untuk kulit. Ianya boleh dijadikan sapuan untuk mengekalkan kelembapan kulit lebih lama.

 

3. Mengelakkan bahan pewangi

Kebanyakkan sabun wangi dan minyak wangi adalah mengandungi bahan kimia yang mana boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Memang ianya digunakan untuk mewangikan tetapi dalam masa yang sama ianya menyebabkan keadaan psoriasis menjadi lebih teruk.

Jangan cuba-cuba hendak menggunakan produk sembarangan atau anda boleh memilih produk yang sesuai untuk kulit sensitif. Elakkan daripada menggunakannya pada kawasan kulit yang terdedah kepada psoriasis.

 

 

4. Menjaga pemakanan

Setiap individu akan mempunyai penyakit psoriasis yang mungkin tidak sama berkaitan dengan alahan makanan tertentu.Ada yang teruk dan ada yang sederhana sahaja. Fahami keadaan alahan kulit anda sendiri. Elakkan makan daging merah dan snek berlemak atau apa sahaja makanan yang boleh mencetus psoriasis.
Pilih makanan yang sesuai dan sihat seperti buah-buahan dan sayuran, ikan (yang tidak mendatangkan alahan), biji-bijian, kekacang yang kaya dengan omega-3 untuk mengurangkan keradangan pada kulit.

 

 

5. Mandi dengan air suam

Mandian hangat air suam bercampur garam epsom, minyak zaitun, herba dan sebagainya juga boleh membantu meredakan kegatalan dan melegakan kulit. Gunakan pelembab kulit selepas mandi kerana ianya boleh menambahkan kesan baik pada kulit terjejas.

 

 

6. Cuba Kawal stress dengan baik

Simptom psoriasis kadangkala ringan dan kadangkala tiba-tiba ianya boleh menjadi berat apabila sampai masa yang tertentu. Jadi menahan diri daripada kegatalan serta tidak menggaru kulit terjejas psoriasis sering meningkatkan tahap stress.

Pada tahap ini, kesedaran dan kesabaran serta bijak mengawal situasi mungkin boleh menyelamatkan keadaan dan meredakan gangguan emosi. Berkongsilah masalah dan maklumat dengan rakan-rakan psoriasis lain dalam Persatuan Psoriasis Malaysia. Ianya mungkin boleh membantu.

 

7. Berhenti merokok segera

Merokok sememangnya memberikan lebih banyak kesan negatif kepada perokok derta orang disekelilngnya. Merokok juga boleh menyebabkan ubat atau nutrisi pemakanan yang baik untuk mengawal psoriasis tidak dapat diserap dengan sempurna. Ianya boleh menyebabkan kulit menjadi mudah kering kerana mengurangkan keberkesanan vitamin C dalam badan.

 

8. Berjumpalah dengan pakar dan minta nasihatnya.

Sukar untuk memilih cara yang sesuai untuk menangani masalah psoriasis bagi setiap orang. Mungkin ya, untuk orang tertentu tetapi mungkin langsung tidak memberi kesan kepada orang lain.

Rujuk dan berbincang dengan doktor pakar dermatologi terlebih dahulu. Ianya adalah lebih baik. Biar mereka mendiagnosis masalah dengan lebih teliti sebelum anda bertindak untuk menanganinya sendiri di rumah.

 

 

CADANGAN SET SHAKLEE UNTUK PSORIASIS

SET DETOX SHAKLE

Ini adalah set paling baik sebelum mengambil suplemen lain. Pesakit psoriasis digalakkan mengambil set detox ini terlebih dahulu. Ini adalah bagi membantu mengeluarkan toksin daripada dalam badan di samping membantu proses penyerapan vitamin lain yang lebih berkesan. Set detox Shaklee ini mengandungi

1.Vivix Shaklee

Vivix Shaklee merupakan minuman campuran botani dan ianya revolusi terbaru di dalam pemakanan. Mengandungi polifenol dengan gabungan unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu.
Polifenol pula adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix Shaklee membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat sel-sel keperingkat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membantu memperbetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah satu punca psoriasis iaitu genetik.

 

2.DTX Complex

DTX Complex mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu merangsangkan pembaikan dan regenerasi sel hati di samping mengekalkan pengaliran hempedu yang normal serta mengeluarkan toksin daripada tubuh badan.

 

3.Herblax

Ianya berfungsi untuk pembersihan secara lembut dalam proses pembuangan harian untuk penyerapan vitamin lain menjadi lebih mudah serta berkesan. Herblax membantu proses detox pada organ usus besar.

 

4.Alfalfa Complex

Alfalfa adalah merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ianya berfungsi mencuci hati, darah dan usus. Sebagai detoks harian bagi membantu memulihkan dan mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersih hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Juga berfungsi mengurangkan alahan dan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan. Ianya juga membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol , alfalfa bertindak seperti ‘span’ untuk menyerap lemak degil dan dinyahkan dari tubuh melalui proses pembuangan yang lancar.

 

5.Peppermint Ginger Plus

Mengandungi bahan seperti pudina yang kaya dengan vitamin c bagi membantu membunuh kuman serta membantu mengurangkan rasa loya dan mual.
Selain itu ianya mengandungi halia yang baik untuk sistem penghadaman dan mengelakkan angin atau kembung. Ramuan lain pula adalah seperti jintan manis yang bagus untuk mencuci usus dan perut. Justeru ianya baik untuk perut berasid dan berangin.

Suplemen di atas adalah suplemen utama untuk mengawal penyakit Psoriasis. Selain supplement diatas, pesakit psoriasis juga disarankan untuk mengambil dan mengamalkan produk berikut:

Sustained Released Vitamin C

Ianya bersifat antioksidan dan sangat baik untuk meningkatkan sistem imun. Nutriferon adalah pencetus, manakala vitamin c adalah askar yang bekerja untuk menjaga sistem imun kita. Jadi selain Nutriferon, vitamin C juga penting untuk sistem imun yang kuat. Selain itu vitamin C juga terbaik untuk kesihatan kulit.

 

Omega Guard

Omega Guard Shaklee adalah merupakan minyak ikan omega 3 yang 99.99% tulen. Minyak ikan membantu meningkatkan imunisasi badan dan bersifat anti radang justeru dapat mengawal keradangan kulit. Minyak ikan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE seperti psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun.

 

Nutriferon

Nutriferon telah dicipta oleh pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dengan lebih daripada 40 tahun penyelidikan. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells, makrofag.

Bagi psoriasis, Nutriferon dapat membantu merangsangkan pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat. Selain itu Nutriferon juga membantu memerangi virus dan seterusnya mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti, kembung perut, rasa mual, muntah.

 

Bcomplex

Bcomplex membantu dalam proses penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan anti kemurungan (stress). Ia adalah nutrien anti-kemurungan. Memandangkan salah satu sebab psoriasis menjadi merebak adalah disebabkan oleh stress, maka bcomplex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis. Selain itu, bcomplex juga sangat baik untuk memperbaiki kesihatan saraf.

 

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP Shaklee diperbuat daripada soya non-GMO. Justeru itu ianya selamat untuk diamalkan. Memandangkan ianya adalah sumber protein, ianya membantu dalam proses pembinaan sel. Ia berupaya membantu menghasilkan sel yang sihat dan memperbaiki sel yang rosak.

Anda boleh memilih supplement diatas mengikut yang perlu diambil, tetapi jika diambil semua dan bermula dengan set detox, hasilnya in shaa Allah lebih optimum dan berkesan.

 

JOM KITA TENGOK PULA

TESTIMONIAL SET SHAKLEE UNTUK MERAWAT PSORIASIS

TESTIMONIAL 1
TESTIMONIAL 2
TESTIMONIAL 3
TESTIMONIAL 4
INI PULA ADALAH CADANGAN SET PSORIASIS UNTUK ANDA YANG MENGALAMI PENYAKIT INI
Image result for suplemen shaklee psoriasis
SEMOGA DENGAN PENGAMBILAN SET SHAKLEE PSORIASIS, MASALAH PENYAKIT KULIT ANDA BERTAMBAH BAIK DAN DAPAT MENJALANI KEHIDUPAN YANG SIHAT SEPERTI BIASA.
Image result for suplemen shaklee psoriasis
Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee Shaklee, hubungi saya segera.
Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee
www.wasap.my/60165554582
Nur Hidayah Ahmad 0165554582
SID 917424
FB: Nur Hidayah Ahmad
Like Page : Suplemen Seisi Keluarga
IG: vitamin.hidayah4582
SAYA adalah Pengedar Shaklee di IPOH. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Saya juga merupakan penegdar di kawasan berikut:
IPOH, SIMPANG PULAI, MEDAN GOPENG, GOPENG, KAMPAR, TAMBUN.
UNTUK MENDAPATKAN HARGA YNG LEBIH MURAH DENGAN PENJIMATAN 15 % HINGGA 20 % , ANDA BOLEH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE
ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK URUSAN PENDAFARAN AHLI ANDA.

Selamat Datang Ke Laman Blog Vitamin Saya

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya!!!

Selamat datang semua ke blog saya.

Ini ialah coretan pengenalan saya di sini. Saya sangat teruja untuk berkongsi pengalaman sendiri dengan anda semua. Sedikit sebanyak diharapkan mampu memberi impak positif ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Ini adalah ruangan yang saya dedikasikan kepada para ibu dan wanita di luar sana. Khususnya kepada para ibu yang menyusukan anak. Saya adalah salah seorang yang menyokong penuh ‘awareness’ tentang penyusuan susu ibu berbanding susu formula kepada bayi.Bermulanya saya dengan kehidupan bersama Shaklee adalah setelah saya berpantang anak kedua saya, Nur Aina Faqihah binti Ahmad Ridwan.Setelah meng google dan mencari suplemen mengenai susu ibu, saya terjumpa blog shaklee.

Saya diperkenalkan Vitamin Shaklee oleh Puan Adilah Manaf iaitu isteri kepada kawan sekolah saya, Encik Fahmi Shuhaimi yang sekarang Master Coordinator dalam bisnes Shaklee. Jadi, saya telah KENAL Shaklee sejak tahun 2011 dan telah lama saya JATUH CINTA dengan vitamin semulajadi ini dan sekarang saya ingin berKONGSI dengan anda pembaca blog di luar sana..

Apa yang lebih menggembirakan seorang ibu selain melihat anak nya sihat walafiat. Dengan izin Allah pengalaman anak pertama yang mungkin kurang susu ibu ( saya hanya menyusu selama 5 bulan itu pun ampur-campur sejak dalam pantang )menyebabkan anak pertama saya asyik demam.Sehinggakan ada kawan saya berkata..anak awk ni kurang antibodi la…saya sungguh sedih mendengar pernyataan itu !!!Sebulan sekali mesti ada kami ke klinik sebab dia demam dan pernah bermalam di hospital beberapa kali..Saya sendiri menangis teresak2 kerana melihat doktor mencucuk jarum yang agak besar ke jari kecil anak saya..Dan pengalaman anak pertama yang mungkin kurang susu ibu, saya bertekad untuk fully breast feed anak yang ke dua selama 1 tahun..dan Alhamdulillah saya berjaya. Dan Alhamdulillah dengan izin Allah jua..anak yang kedua kuat antobodi nya.Dan anak kedua saya memang baby Shaklee..sampai sekarang pun mesti mintak dalam susu nak Meal Shakes dan tiap2 hari nak Omega Guard..sampai saya terpaksa sorokkan botol Omega Guard sebab bila dia nampak dia akan nak makan banyak..Tapi..ingat ya..Omega Guard sebiji satu kali sahaja!

Anak ketiga saya, Nur Aira Hannan juga macam tu, Alhamdulillah..walaupun berat baby lahir hanya 2.2 kg, tetapi alhamdulillah..kurang dapat sakit..syukur sangat sangat..

Anak ketiga si baby juga masih lagi menyusu sehingga kini..

So, dapatlah PHD dalam bidang penyususan sebnanyak dua kali…hihihi

Ilman, Aira dan Aira

Mengapa tidak?

Sebagai seorang muslim yang baik. Kita seharusnya wajib percaya bahawasanya setiap kejadian Allah SWT itu adalah yang terbaik untuk setiap manusia. Berbalik kepada susu ibu ini, pernahkah kita terfikir mengapa Allah SWT yang Maha Bijaksana menjadikan susu ibu?

Sudah tentu. Jawapannya adalah untuk bayi itu sendiri menyusu. Pelbagai kajian telah dibuat oleh pakar-pakar dalam bidang ini tentang kebaikan susu ibu. Saya sendiri menyusukan anak-anak saya. Nantikan coretan-coretan dalam ruangan seterusnya dari saya tentang betapa indahnya menjadi seorang ibu lebih-lebih lagi memberikan yang terbaik buat si manja kita!

SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE DI KAWASAN IPOH-KAMPAR.KEPADA SESIAPA DI LUAR SANA YANG INGIN MENGGUNAKAN KHIDMAT KONSULTASI SUPLEMEN BERSAMA SAYA, SAYA AMAT ALU ALUKAN YE..

Sekian, terima kasih kerana mengunjungi blog vitamin saya