Menjana Pendapatan Dengan Bisnes Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Jom, hari ni akk nak share satu peluang bisnes yang kita sentiasa untung dan tak rugi!!!

Memang tak dinafikan kehidupan sekarang memang mencabar lebih – lebih lagi kalau yang hidup di bandaraya metropolitan macam KL kan?? Semua benda nak guna duit..nak bawak anak anak main pun perlukan duit..

Kalau setakat seisi keluarga berpendapatan 5 ke 6 ribu tu memang sekadar cukup makan sahaja. Nak kata selesa pun tak jugak. Nak kata susah pun tak jugak. Dapat gaji je memang habis membayar segala keperluan yang wajib dibayar setiap bulan. Nak simpan duit pun tak boleh. Itu pon nasib baik kalau takda berlakunya kecemasan seperti anak sakit demam, kereta rosak atau ada hal mustahak di kampung. Memang kadang-kadang tu stress menikam jiwa dibuatnya. Tak syoooknyaaa….

Memang satu usaha perlu dibuat.Semua benda online sekarang, so apa salahnya kalau kita juga menjadi salah seorang dari peniaga online.Daripada saja2 duk pegang handphone, at least kita boleh dapat income pula dengan handphone.Bestkan..

Siapa 2 pun boleh buat bisnes ni..Ilmu perlu dicari..

Mesti nak tahukan kenapa saya pilih Shaklee? Kenapa saya sangat mencintai bisnes Shaklee ini? Nak tahu bagaimana menjana pendapatan dengan Shaklee? Jemput baca entri ini sampai habis (“,)

1.Tidak perlu keluar mencari customer, customer yang akan cari kita ye…cuma kena ada phone dan laptop untuk buat blog..atau pun tak perlu laptop pun tak apa..boleh buat vlog..panjang pulak ceritanya kan...
Saya memang suka menjual dan cari ilmu untuk meniaga suplemen..Rasa rugi sangat tak buat sebab buyer memang banyak di luar sana..kawan kawan se tempat kerj apun mengamalkan suplemen juga..So, tugas kita sharing ilmu nutrisi dan share kebaiakn dan sambil tu boleh buat blog dan share kebaikan di Facebook dan Ig atau boleh buat utube..Saya percaya anda juga mampu melakukannya.Semua zaman online sekarang, kan..

2. Masa yang fleksibel dan sistem yang mudah.

Bagi yang tercari-cari bisnes untuk dilakukan daripada rumah sambil-sambil menjaga anak dan suami, maka Shaklee adalah jawapannya. Untuk membuat sales di internet kita tidak perlu duduk di hadapan laptop 24 jam. Mungkin kita cuma perlukan 1 jam untuk update blog dan facebook atau share di IG.Rangka pelan bisnes anda sendiri. Sistem semua online..tak perlu keluar untuk pos barang pun..semua shaklee yang buat..

3. Tidak perlu menyimpan stok
Memang percaya kan? Cara menjual barang di Shaklee senang sahaja. Cuma perlu rasai dan kongsi pengalaman anda. Apabila mendapat pesanan dari pelanggan saya cuma perlu log on shaklee2u.com.my dan biarkan mereka yang packing dan poskan untuk pelanggan saya. Mudahkan? Kalau anda sedang bercuti-cuti di kampung atau di oversea sekali pun anda masih boleh membuat perniagaan anda ini!
Saya pernah juga terjebak dalam MLM yang kena simpan stock dan akhirnya stock terkubur bawah meja di opis sahaja..sedihkan..RM3K kot..tapi tu syarikat lain..bukan shaklee..

4.Siapa yang berusaha lebih dia yang akan berjaya
Cara konvesional MLM yang lapuk sudah lama dipinggirkan. Semuanya berasaskan online. Anda juga akan diserap ke group online untuk mendapatkan tips dan coaching dari leader. Shaklee bukan skim cepat kaya atau pun MLM yang hanya menjaja marketing plan sahaja. Kekuatan Shaklee adalah produknya. Kalau anda menyertai saya pada hari ini, dan jualan anda melebihi jualan saya, maka anda akan mendapat bonus LEBIH daripada saya.saya pun pernah kena di mana downlines saya yang dapat bonus lebih dari saya sendiri.. Dan sekiranya anda lebih rajin daripada saya, maka anda juga boleh naik pangkat lebih cepat daripada saya.Serius tak tipuu.. Pendek kata, Shaklee bukan bisnes ‘siapa banyak kaki dia banyak duit’ tetapi Shaklee adalah bisnes yang sangat adil ‘siapa paling rajin dia banyak duit’.
Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan dah 103 tahun sudahh….


Istimewanya Shaklee adalah kerana kekuatan produknya. Bagi saya, sekiranya mahu menjual sesuatu produk kita kena pastikan produk itu berkualiti dan selamat. Produk yang berkualiti akan meraih kepercayaan daripada pengguna. Kepercayaanlah yang akan membina nama kita dalam dunia perniagaan dan akan berlakunya pembelian berulang. Kita juga berasa puas dan seronok apabila dapat menggembirakan orang lain dengan produk yang berkualiti dan selamat.

Hanya Bermula dengan modal serendah RM65 tanpa pos atau RM 75 dengan postage, ataupun tanpa modal langsung denagn pembelian RM 700++ dan dapat bonus RM 25 ke atas…
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu menyertai Shaklee.
Caranya senang sahaja.
Hubungi saya untuk menyertai keluarga #teampearlshaklee di bawah naungan group celikvitamingroup dan ireach.

Saya akan uruskan proses pendaftaran dengan mengisi borang keahlian anda.
Bayar yuran keahlian sebanyak RM65

(Sila tambah RM10 untuk kos pengeposan)
Atau pun membeli produk Shaklee bernilai RM700+++ dan anda mendapat keahlian secara percuma dan bonus RM 25.

Banyak lagi sebenarnya cerita best mengenai bisnes Shaklee ni.
Jom menjana pendapatan dengan Shaklee.
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran keahlian Shaklee boleh hubungi saya di:

Nur Hidayah Ahmad
SID : 917424

IG : vitamin.hidayah4582

FB : Nur Hidayah Ahmad

Saya adalah Pengedar Shaklee di sekitar Ipoh- Kampar. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang konsultasi atau penghantaran suplemen Shaklee ke rumah anda. Saya juga membuat pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan free gift dari Shaklee 🙂

Tanda Awal Slipped Disc Dan Cara Mengatasinya

Slipped disc merupakan salah satu penyakit disebabkan postur badan yang tidak betul, keturunan dan dikaitkan juga dengan berat badan. Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk.

Walaupun simptom akibat slipped disc akan hilang selepas beberapa minggu, tetapi ada kes yang penghidapnya perlu menjalani pembedahan jika simptomnya kekal dan menjadi semakin teruk. Di dalam entri ini saya akan kongsikan tanda-tanda slipped disc dan cara merawatnya tanpa perlu jalani pembedahan.

Image result for slipped disc

Gambar 1 : sakit pinggang yang teramat merupakan salah satu tanda slipped disc

TANDA AWAL ANDA TERKENA SLIPPED DISC

Tulang belakang manusia terdiri daripada 24 tulang individu yang dipanggil vertebra yang disusun di atas satu sama lain.

 

Di antara setiap tulang belakang terdapat perlindungan, lapisan bulat(tisu perantara) yang dipanggil cakera. Cakera ini mempunyai gentian lembut, bahan seperti gel di dalamnya yang membantu menyerap-hentakan di antara tulang vertebra apabila badan bergerak.

Saraf tunjang berada di tengah-tengah melalui ruang vertebra dan ia amat sensitif kepada sentuhan. Ia mengandungi sel-sel saraf yang menghubungkan otak ke semua bahagian anggota badan.

SLIPPED DISC ini berlaku apabila dinding tisu di sekitar cakera telah bocor. Lalu menyebabkan cecair seperti gel bahagian cakera membengkak dan meleleh keluar. Walaubagaimanapun, kemerosotan cakera kerap berlaku dari peningkatan usia seseorang.

Image result for slipped disc

Ok ini saya kongsikan kisah saya sendiri yang terkena slipped disc..

PENGALAMAN SAYA TERKENA SLIPPED DISC PADA BULAN RAMADHAN YANG LALU

Saya terkena dislocated disk selepas saya bangun tidur dan dalam masa yang sama saya menyusukan anak perempuan saya,Aira.

Selepas itu,bermulalah episod duka saya.

Ya Allah..nikmat sangat tengok orang lain boleh berjalan dengan elok..sedangakan saya nak melangkah pun sakit..

Pukul 11 malam ke rumah tukang urut sebab ingatkan ada urat yang tersepit..tapi still lagi sakit..nak tidur memang tak boleh mengiring..hanya mampu terbaring sahaja..kalau batuk dan bersin memang sakit.

 

Tapi masa ni tak ke hospital lagi sebab rasa macam tak logik kena slipped disc sebab saya tak jatuh dan jugak still boleh berjalan lagi..kalau p shopping on je..buat2 x sakit depan husband..

Selang sehari,lepas keluar bilik air,langsung tak boleh berjalan..mak dan suami yang papahkan saya ke bilik..

Panggil sekali lagi tukang urut..lepas urut boleh berjalan semula..

Sampailah 3,4 hari macam tu..

Pergi mengurut lagi sebab rasa sakit dan tak selesa..sampai lebam tukang urut urut di sesetengah tempat.

Dan dalam masa yang sama sempat pergi ke kelas ( masa ni student baru masuk).Naik tangga,nasib baik tingkat 1 semua ok..walaupun still terasa sakitnya….

Esoknya tu..dah tak boleh nak berjalan balik semula..

Husband terus ajak ke hospital.Kat hospital,jumpa doc pakar saraf Dato’ Doc Zakaria di KPJ Ipoh.

Doc check dan terus suruh buat Magnetic Resonance Image ( MRI) untuk memastikan apa sebenarnya sakit yang saya hadapi sepanjang seminggu ini.

Keputusan MRI menunjukkan tulang L5/S1 dan L4/ L5 saya dislocated/prolapsed

L5 end plate degenerative change with L5/S1 disk prolapsed.

Saya admit hospital selama 4 hari 3 malam.

Memandangkan saya masih menyusu Aira,memang saya asyik teringatkan dia dan dia pun ingtkan saya..mencari2 saya di semua bilik..

Sebenarnya faktor terkena dislocated disk,kita tak tahu punca..nak kata jatuh,tak jatuh.Angkat berat pun taklah jugak..tapi kadang2 kita wanita ni mungkin tak perasan kita ada melakukan kerja berat.

Peringatan untuk wanita❌❌

Kena berhati-hati menarik atau mengangkat barang yang berat kerana urat saraf wanita lebih lemah berbanding lelaki…dan tidak ada penyebab Slipped Disc terjadi, tetapi…

Image result for slipped disc

PUNCA / FAKTOR SLIPPED DISC

  • Faktor usia,kerana apabila usia semakin meningkat,disc tulang belakang akan mengalami kekurangan air dan ini membuatkan tulang kurang fleksibel.
  • Postur tidur yang salah,dengan meletakkan bantal yang agak tinggi di bawah kepala, sambil meyusukan anak dan berwasap ❌❌
  • Postur duduk yang salah
  • Cara mengambil barang yang jatuh yang salah
  • Memandu atau berada di dalam kenderaan dalam tempoh yang agak lama.

Berikut adalah beberapa rawatan yang saya buat sepanjang di hospital dan di rumah..

  • Makan ubat ( Neurobion Tab,Arcoxia,Ultracet,Neurontin ) ada salah satu ubat yang menyebabkan saya gastrik sehingga nurse drip ubat tahan muntah.
  • Rehat dan relax ( baring di atas tilam yang agak keras dan bukan yang tenggelam dan tidak berada dalam satu2 posisi dalam masa yang lama,memakai body support ( sekarang masa kerja pun pakai)
  • Minimumkan pergerakan naik tangga
  • Rawatan fisioterapi ( dijalankan oleh pihak KPJ dengan meletakkan hot pad,ultrasound,urutan tangan di sekitar tempat terkena slipped disk).
  • Selepas discharged, saya ke KPJ 10 kali untuk melakukan rawatan fisioterapi.
  • Senaman ringan dan tidak digalakkan bawak kereta ke tempat yg agak jauh.

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK SLIPPED DISC

  • Saya juga ada mengamalkan pengambilan suplemen untuk tulang.
  • Syukurlah saya memang agen Shaklee dan vitamin shaklee memang sangat membantu saya untuk pulih dari masalah slipped disc yang sangat menghantui hidup saya..
  • Saya amalkan Vivix,Omega Guard dan Ostematrix secara consistent, dan alhamdulillah suplemen suplemen ini sangat membantu untuk saya pulih dari masalah slipped disc yang menghantui hidup saya.
  • Semoga tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang mengalami dislocated disk macam saya.
  • Terima kasih buat suami,anak2,mak dan ayah saya.
  • Terima kasih kepada kawan2 office yang datang melawat setiap hari,dari pagi sampai malam..

#kisahbenar

Ini adalah gambar saya sendiri…husband yang ambil gambar semasa tunggu untuk warded dan buat MRI

BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE MEMBANTU MENGURANGKAN SLIPPED DISK?

( OMEGA GUARD, VIVIX DAN OSTEMATRIX)

*********************************************

Apa tu Omega Guard?

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Image result for omega guard.png

Apa itu VIVIX?

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

OSTEMATRIX
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

GABUNGAN KETIGA-TIGA PRODUK INI INSYAALLAH DAPAT MEMBANTU ANDA YANG MENGALAMI SLIPPED DISC INI..

INSYAALLAH..

IKHTIAR+USAHA+TAWAKKAL

 

TESTIMONIAL PENGGUNA SET SLIPPED DISC SHAKLEE

 

 

wasap.my/60165554582

ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SUPLEMEN DI ATAS??

BOLEH HUBUNGI SAYA DENGAN HANYA KLIK PADA LOGO WASAP DI BAWAH

FB : Nur Hidayah Ahmad

IG : vitamin.hidayah4582

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee Shaklee, hubungi saya segera.

Saya adalah Pengedar Shaklee di IPOH. COD di Kampar, Gopeng, Batu Gajah, Simpang Pulai dan area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Atau anda berminat untuk join ahli, ini adalah kelebihan yang akan anda nikmati

Berminat Untuk Mendafar???

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Saya..Sayang Semua..

 

Petua Hilangkan Batuk Bagi Orang Dewasa

Minggu lepas Ketua Unit saya, En Azmi Ahmad ada bertanyakan mengenai suplemen untuk hilangkan batuk.Ini adalah penjelasan petua hilangkan batuk yang mengganggu beliau. Sekarang saya akan menerangkan apa itu batuk dahulu ya…

 

Batuk memang merupakan satu perkara yang kerap terjadi kepada setiap manusia terutama kalau batuk yang berlarutan ataupun selsema yang berpanjangan. Untuk orang dewasa, kalau dah betul-betul teruk sampai tahap lelah tu, bawakla pergi klinik dan makan ubat, kalau tak teruk sangat tu, boleh la cuba tips yang akan kami kongsikan kepada anda ini.

Perlu diingatkan sekali lagi, kalau dah terlalu teruk tu, cubalah bawak ke Klinik berdekatan untuk dapatkan pemeriksaan lanjut. Mana la tahu dijangkiti virus dan kalau tidak dirawat, akan mendatangkan keadaan ataupun bencana yang lebih teruk.

Tetapi jangan menganggap batuk ini sebagai satu masalah kecil ya, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan kita.

Batuk terbahagi kepada dua iaitu batuk kering dan batuk berkahak. Batuk kering biasanya tidak menghasilkan mukus (kahak), tetapi batuk berkahak akan kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran mukus.

Ingat ya, sekiranya anda mengalami batuk berpanjangan melebihi daripada tiga minggu cepat-cepat jumpa doktor tau!

 

Kenali Punca Batuk

Persekitaran

Persekitaran memang memainkan peranan yang penting untuk keadaan anda. Kalau persekitaran yang berdebu tu, cuba sebaik mungkin untuk elak keadaan berdebu. Gunakan vacuum dan sentiasa jaga kebersihan rumah. Satu cara lagi gunakan penapis udara ataupun “air filter” bagi menapis udara di ruangan rumah anda. Ini untuk anda yang betul-betul sensatif dengan persekitaran yang berdebu. Alternatif lain selain daripada gunakan penapis udara adalah, gunakan aircond. Kebanyakan aircond terkini sekarang ini datang dengan penapis udara yang tersendiri dan ditambah dengan fungsi utama aircond iaitu, menjadikan ruangan di bilik anda sejuk.

Tidak seperti dahulu, penghawa dingan sekarang ini sangatlah murah terutama kalau anda cuba dapatkan daripada jenama yang berkualiti. Banyak brand di kedai-kedai.

Selain daripada itu, antara punca lain penyebab batuk adalah…

  • Disebabkan oleh infeksi di saluran pernafasan bahagian atas yang merupakan gejala flu.
  • Infeksi saluran pernapasan bagian atas (ISPA).
  • Alergi
  • Asma atau tuberculosis
  • Benda asing yang masuk kedalam saluran napas
  • Tersedak akibat minum susu
  • Menghirup asap rokok dari orang sekitar
  • Masalah emosi dan psikologis (untuk batuk psikogenik).

Jadi, anda semua boleh mengamalkan makanan dan minuman ini untuk menghilangkan batuk anda :

1. Sup Ayam
Sup ayam mempunyai kesan anti-radang dan menyejukkan tekak anda. Mikronutrien dalam bahan-bahan sup ayam tersebut juga baik untuk sistem imun tubuh.

2. Makanan Pedas
Orang tua-tua selalu kata makanan pedas memburukkan lagi batuk,tetapi itu adalah mitos. Makanan pedas seperti cili sebenarnya baik dimakan ketika batuk. Capsaicin ialah kimia dalam makanan pedas yang mampu menipiskan kahak.

3. Vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk sistem imun tubuh. Mengambil makanan kaya Vitamin C( boleh klik di sini untuk mengetahui fakta sebenar vitamin C ) ketika sakit sangat berkesan. Antara makanan yang kaya Vitamin C ialah betik, brokoli, tomato, limau, kiwi, lobak, kobis, nenas, bawang putih dan banyak lagi.

4. Minum Teh
Teh hangat yang dicampur madu juga sangat berkesan untuk melegakan batuk.Teh menenangkan otot-otot pada tekak sementara madu menjadi lapisan pelindung sementara bagi tekak.

5. Minum Air
Setiap kali kita sakit,tubuh kita akan kehilangan air lebih banyak berbanding ketika tidak sakit,jadi pastikan anda meminum air yang lebih.Tetapi elakkan minum air sejuk ketika batuk.Air suam atau suhu bilik sangat sesuai.
Elakkan juga minum minuman berkafein, susu dan soda. Susu bertindak balas menebalkan kahak. Dapatkan tidur yang cukup kerana ketika tidurlah proses penyembuhan berlaku. Sekiranya batuk anda berlarutan lebih dari 2 minggu, segeralah berjumpa doktor.

Semoga petua hilangkan batuk ini dapat membantu sesiapa sahaja yang sedang mengalami masalah ini.

Selain daripada itu, anda semua juga boleh mengamalkan petua lama dibawah..

Petua lama ini pun sesuai untuk anda amalkan dan boleh cuba sendiri. Caranya tidak susah dan boleh ikut langkah ini;

1. Panaskan air sehingga mendidih
2. Masukkan air panas ke dalam bekas besen
3. Masukkan bawang putih yang telah dibakar dan ditumbuk
4. Masukkan minyak zaitun ke dalam air
5. Halakan air ataupun wap air tu ke bayi anda

Boleh gunakan cara ini dan insyaAllah akan nampak hasil yang lebih baik dan positif.

Namun, apa yang lebih menarik adalah anda boleh mengamalkan pemakanan suplemen untuk membantu tubuh anda supaya tidak selalu terdedah kepada penyakit terutamanya batuk iaitu penyakit yang berkaitan dengan paru paru.

Tingkatkan Imunisasi Melawan Batuk Dengan Suplemen Shaklee

Di Shaklee, kami ada 3 jenis suplemen yang boleh membantu untuk mengurangkan batuk yang melanda anda.

Vitamin C Shaklee

Vitamin C adalah sumber paling penting di dalam sistem imunisasi kita kerana ia melibatkan produksi  antibodi ,fungsi dan aktiviti sel darah merah dan yang paling penting ia melibatkan pengeluaran interferon. Selain itu, Vitamin C juga bertindak membantu sel darah putih dalam menentang virus dan bakteria sekaligus menentang demam dan batuk yang lebih teruk.

Nutriferon

Nutriferon adalah suplemen yang mesti ada dalam keluarga saya.Ke mana- mana pergi nutriferon memang akan selalu ada.

Selain itu, nutriferon bukanlah diamalkan setiap hari. Setengah sachet juga sudah memadai untuk mengekalkan tahap imunisasi tubuh di samping anda mengamalkan suplemen lain juga secara konsisten..Perlu diingat, pastikan anda meminum air secukupnya keranakadang kadang batuk yang agak kronik disebabkan anda kurang minum air.

Garlic Complex

Garlic akan bertindak sebagai antibiotik semulajadi terhadap badan kita. Kandungan Allicin yang penting akan aktif merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan pengeluaran antibodi.Sudah memadai diambil satu sahaja setiap hari. Ia membantu kita daripada terkena infection yang lagi teruk.

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee Shaklee, hubungi saya segera.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat percuma untuk produk Shaklee sekiranya membeli di senarai kedai online berikut :

Nur Hidayah Ahmad  0165554582

SID 917424 FB:  Nur Hidayah Ahmad

Like Page : Suplemen Seisi Keluarga

IG: vitamin.hidayah4582

Pengedar Shaklee di IPOH. COD area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya juga merupakan pengedar di kawasan berikut: 

IPOH-KAMPAR-SIMPANG PULAI-GOPENG-BATU GAJAH

JOM JOIN AHLI SHAKLEE UNTUK MENDAPATKAN PENJIMATAN 15% HINGGA 20%. ANDA HANYA PERLUKAN 2 MINIT UNTUK MENDAFTAR, ATAU TERUS HUBUNGI SAYA UNTUK PROSES PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE ANDA.

YURAN KEAHLIAN HANYA RRM75 TERMASUK POSTAGE DN FREE GIFT DARI SAYA

NAK BUAT PEMBELIAN SENDIRI??

 

SEKIAN TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG SAYA

 

 

National Convention Shaklee 2018

Aslkm semua..hari ni saya nak share betapa syoknya national conference shaklee semalam..

Yang paling best, kita dapat dengar speech leader hebat yang kalau dengar tu memang bersemangat betul!!!

Memang sebenarnya, sekiranya kita memiliki impian sebesar gajah, kita akan nampak halangan yang mendatang hanyalah sebesar kuman..

Kenapa Agaknya Saya Memilih Shaklee??

Saya sebenarnya terjebak dengan Shaklee disebabkan anak-anak saya.

Saya menggunakan Set Pantang dan Menyusu Shaklee untuk menyusukan anak anak saya,Aina dan Aira.

Menyusu Aina dan Aira sampai 2 tahun lebih..dah layak dapat PHD dah kan….😍😍😍

Vitamin yg saya consume masa menyusu adalah ESP,VITAMIN C,B COMPLEX DAN VITALEA😊😊

Masa tu, pam susu dan suplemen la BFF saya..

Saya guna Medela..sampai sekarang ok lagi😋😋

Kenapa Shaklee??

Saya memang minat menjual dan dalam masa sama suka share kebaikan sesuatu produk dengan orang lain..

Dapat jugak pahala sembunyi-sembunyi dengan tolong orang guide cara makan suplemen dan rekemenkan produk yg sesuai dengan mereka..

Bila customer kata suka dengan Shaklee rasa gembira sangat..dapat tolong orang..

Banyak sangat impak positif customer saya terutamanya ibu ibu yang nak membanyakakn susu ibu untuk anak anak syurga mereka..
Subhanallah memang amazing..kuasa Allah..sampai penuh peti sejuk mereka..Alhamdulillah…

Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan sayaterjatuh cinta tanpa sengaja dengan suplemen dan bisnes Shaklee…

Kalau tak join, tak tahu, kan..

Jom join bisnes hebat ni bersama team akk..

Modal RM65 je koranggg..

Sambil tu,kita layan video kat bawah..

Full Of Motivation..

Nanti akk upload lagi beberapa video..ok…

Selamat Datang Ke Laman Blog Vitamin Saya

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya!!!

Selamat datang semua ke blog saya.

Ini ialah coretan pengenalan saya di sini. Saya sangat teruja untuk berkongsi pengalaman sendiri dengan anda semua. Sedikit sebanyak diharapkan mampu memberi impak positif ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Ini adalah ruangan yang saya dedikasikan kepada para ibu dan wanita di luar sana. Khususnya kepada para ibu yang menyusukan anak. Saya adalah salah seorang yang menyokong penuh ‘awareness’ tentang penyusuan susu ibu berbanding susu formula kepada bayi.Bermulanya saya dengan kehidupan bersama Shaklee adalah setelah saya berpantang anak kedua saya, Nur Aina Faqihah binti Ahmad Ridwan.Setelah meng google dan mencari suplemen mengenai susu ibu, saya terjumpa blog shaklee.

Saya diperkenalkan Vitamin Shaklee oleh Puan Adilah Manaf iaitu isteri kepada kawan sekolah saya, Encik Fahmi Shuhaimi yang sekarang Master Coordinator dalam bisnes Shaklee. Jadi, saya telah KENAL Shaklee sejak tahun 2011 dan telah lama saya JATUH CINTA dengan vitamin semulajadi ini dan sekarang saya ingin berKONGSI dengan anda pembaca blog di luar sana..

Apa yang lebih menggembirakan seorang ibu selain melihat anak nya sihat walafiat. Dengan izin Allah pengalaman anak pertama yang mungkin kurang susu ibu ( saya hanya menyusu selama 5 bulan itu pun ampur-campur sejak dalam pantang )menyebabkan anak pertama saya asyik demam.Sehinggakan ada kawan saya berkata..anak awk ni kurang antibodi la…saya sungguh sedih mendengar pernyataan itu !!!Sebulan sekali mesti ada kami ke klinik sebab dia demam dan pernah bermalam di hospital beberapa kali..Saya sendiri menangis teresak2 kerana melihat doktor mencucuk jarum yang agak besar ke jari kecil anak saya..Dan pengalaman anak pertama yang mungkin kurang susu ibu, saya bertekad untuk fully breast feed anak yang ke dua selama 1 tahun..dan Alhamdulillah saya berjaya. Dan Alhamdulillah dengan izin Allah jua..anak yang kedua kuat antobodi nya.Dan anak kedua saya memang baby Shaklee..sampai sekarang pun mesti mintak dalam susu nak Meal Shakes dan tiap2 hari nak Omega Guard..sampai saya terpaksa sorokkan botol Omega Guard sebab bila dia nampak dia akan nak makan banyak..Tapi..ingat ya..Omega Guard sebiji satu kali sahaja!

Anak ketiga saya, Nur Aira Hannan juga macam tu, Alhamdulillah..walaupun berat baby lahir hanya 2.2 kg, tetapi alhamdulillah..kurang dapat sakit..syukur sangat sangat..

Anak ketiga si baby juga masih lagi menyusu sehingga kini..

So, dapatlah PHD dalam bidang penyususan sebnanyak dua kali…hihihi

Ilman, Aira dan Aira

Mengapa tidak?

Sebagai seorang muslim yang baik. Kita seharusnya wajib percaya bahawasanya setiap kejadian Allah SWT itu adalah yang terbaik untuk setiap manusia. Berbalik kepada susu ibu ini, pernahkah kita terfikir mengapa Allah SWT yang Maha Bijaksana menjadikan susu ibu?

Sudah tentu. Jawapannya adalah untuk bayi itu sendiri menyusu. Pelbagai kajian telah dibuat oleh pakar-pakar dalam bidang ini tentang kebaikan susu ibu. Saya sendiri menyusukan anak-anak saya. Nantikan coretan-coretan dalam ruangan seterusnya dari saya tentang betapa indahnya menjadi seorang ibu lebih-lebih lagi memberikan yang terbaik buat si manja kita!

SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE DI KAWASAN IPOH-KAMPAR.KEPADA SESIAPA DI LUAR SANA YANG INGIN MENGGUNAKAN KHIDMAT KONSULTASI SUPLEMEN BERSAMA SAYA, SAYA AMAT ALU ALUKAN YE..

Sekian, terima kasih kerana mengunjungi blog vitamin saya