Tanda Awal Slipped Disc Dan Cara Mengatasinya

Slipped disc merupakan salah satu penyakit disebabkan postur badan yang tidak betul, keturunan dan dikaitkan juga dengan berat badan. Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk.

Walaupun simptom akibat slipped disc akan hilang selepas beberapa minggu, tetapi ada kes yang penghidapnya perlu menjalani pembedahan jika simptomnya kekal dan menjadi semakin teruk. Di dalam entri ini saya akan kongsikan tanda-tanda slipped disc dan cara merawatnya tanpa perlu jalani pembedahan.

Image result for slipped disc

Gambar 1 : sakit pinggang yang teramat merupakan salah satu tanda slipped disc

TANDA AWAL ANDA TERKENA SLIPPED DISC

Tulang belakang manusia terdiri daripada 24 tulang individu yang dipanggil vertebra yang disusun di atas satu sama lain.

 

Di antara setiap tulang belakang terdapat perlindungan, lapisan bulat(tisu perantara) yang dipanggil cakera. Cakera ini mempunyai gentian lembut, bahan seperti gel di dalamnya yang membantu menyerap-hentakan di antara tulang vertebra apabila badan bergerak.

Saraf tunjang berada di tengah-tengah melalui ruang vertebra dan ia amat sensitif kepada sentuhan. Ia mengandungi sel-sel saraf yang menghubungkan otak ke semua bahagian anggota badan.

SLIPPED DISC ini berlaku apabila dinding tisu di sekitar cakera telah bocor. Lalu menyebabkan cecair seperti gel bahagian cakera membengkak dan meleleh keluar. Walaubagaimanapun, kemerosotan cakera kerap berlaku dari peningkatan usia seseorang.

Image result for slipped disc

Ok ini saya kongsikan kisah saya sendiri yang terkena slipped disc..

PENGALAMAN SAYA TERKENA SLIPPED DISC PADA BULAN RAMADHAN YANG LALU

Saya terkena dislocated disk selepas saya bangun tidur dan dalam masa yang sama saya menyusukan anak perempuan saya,Aira.

Selepas itu,bermulalah episod duka saya.

Ya Allah..nikmat sangat tengok orang lain boleh berjalan dengan elok..sedangakan saya nak melangkah pun sakit..

Pukul 11 malam ke rumah tukang urut sebab ingatkan ada urat yang tersepit..tapi still lagi sakit..nak tidur memang tak boleh mengiring..hanya mampu terbaring sahaja..kalau batuk dan bersin memang sakit.

 

Tapi masa ni tak ke hospital lagi sebab rasa macam tak logik kena slipped disc sebab saya tak jatuh dan jugak still boleh berjalan lagi..kalau p shopping on je..buat2 x sakit depan husband..

Selang sehari,lepas keluar bilik air,langsung tak boleh berjalan..mak dan suami yang papahkan saya ke bilik..

Panggil sekali lagi tukang urut..lepas urut boleh berjalan semula..

Sampailah 3,4 hari macam tu..

Pergi mengurut lagi sebab rasa sakit dan tak selesa..sampai lebam tukang urut urut di sesetengah tempat.

Dan dalam masa yang sama sempat pergi ke kelas ( masa ni student baru masuk).Naik tangga,nasib baik tingkat 1 semua ok..walaupun still terasa sakitnya….

Esoknya tu..dah tak boleh nak berjalan balik semula..

Husband terus ajak ke hospital.Kat hospital,jumpa doc pakar saraf Dato’ Doc Zakaria di KPJ Ipoh.

Doc check dan terus suruh buat Magnetic Resonance Image ( MRI) untuk memastikan apa sebenarnya sakit yang saya hadapi sepanjang seminggu ini.

Keputusan MRI menunjukkan tulang L5/S1 dan L4/ L5 saya dislocated/prolapsed

L5 end plate degenerative change with L5/S1 disk prolapsed.

Saya admit hospital selama 4 hari 3 malam.

Memandangkan saya masih menyusu Aira,memang saya asyik teringatkan dia dan dia pun ingtkan saya..mencari2 saya di semua bilik..

Sebenarnya faktor terkena dislocated disk,kita tak tahu punca..nak kata jatuh,tak jatuh.Angkat berat pun taklah jugak..tapi kadang2 kita wanita ni mungkin tak perasan kita ada melakukan kerja berat.

Peringatan untuk wanita❌❌

Kena berhati-hati menarik atau mengangkat barang yang berat kerana urat saraf wanita lebih lemah berbanding lelaki…dan tidak ada penyebab Slipped Disc terjadi, tetapi…

Image result for slipped disc

PUNCA / FAKTOR SLIPPED DISC

  • Faktor usia,kerana apabila usia semakin meningkat,disc tulang belakang akan mengalami kekurangan air dan ini membuatkan tulang kurang fleksibel.
  • Postur tidur yang salah,dengan meletakkan bantal yang agak tinggi di bawah kepala, sambil meyusukan anak dan berwasap ❌❌
  • Postur duduk yang salah
  • Cara mengambil barang yang jatuh yang salah
  • Memandu atau berada di dalam kenderaan dalam tempoh yang agak lama.

Berikut adalah beberapa rawatan yang saya buat sepanjang di hospital dan di rumah..

  • Makan ubat ( Neurobion Tab,Arcoxia,Ultracet,Neurontin ) ada salah satu ubat yang menyebabkan saya gastrik sehingga nurse drip ubat tahan muntah.
  • Rehat dan relax ( baring di atas tilam yang agak keras dan bukan yang tenggelam dan tidak berada dalam satu2 posisi dalam masa yang lama,memakai body support ( sekarang masa kerja pun pakai)
  • Minimumkan pergerakan naik tangga
  • Rawatan fisioterapi ( dijalankan oleh pihak KPJ dengan meletakkan hot pad,ultrasound,urutan tangan di sekitar tempat terkena slipped disk).
  • Selepas discharged, saya ke KPJ 10 kali untuk melakukan rawatan fisioterapi.
  • Senaman ringan dan tidak digalakkan bawak kereta ke tempat yg agak jauh.

SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK SLIPPED DISC

  • Saya juga ada mengamalkan pengambilan suplemen untuk tulang.
  • Syukurlah saya memang agen Shaklee dan vitamin shaklee memang sangat membantu saya untuk pulih dari masalah slipped disc yang sangat menghantui hidup saya..
  • Saya amalkan Vivix,Omega Guard dan Ostematrix secara consistent, dan alhamdulillah suplemen suplemen ini sangat membantu untuk saya pulih dari masalah slipped disc yang menghantui hidup saya.
  • Semoga tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang mengalami dislocated disk macam saya.
  • Terima kasih buat suami,anak2,mak dan ayah saya.
  • Terima kasih kepada kawan2 office yang datang melawat setiap hari,dari pagi sampai malam..

#kisahbenar

Ini adalah gambar saya sendiri…husband yang ambil gambar semasa tunggu untuk warded dan buat MRI

BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE MEMBANTU MENGURANGKAN SLIPPED DISK?

( OMEGA GUARD, VIVIX DAN OSTEMATRIX)

*********************************************

Apa tu Omega Guard?

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Image result for omega guard.png

Apa itu VIVIX?

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

OSTEMATRIX
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

GABUNGAN KETIGA-TIGA PRODUK INI INSYAALLAH DAPAT MEMBANTU ANDA YANG MENGALAMI SLIPPED DISC INI..

INSYAALLAH..

IKHTIAR+USAHA+TAWAKKAL

 

TESTIMONIAL PENGGUNA SET SLIPPED DISC SHAKLEE

 

 

wasap.my/60165554582

ANDA BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN SUPLEMEN DI ATAS??

BOLEH HUBUNGI SAYA DENGAN HANYA KLIK PADA LOGO WASAP DI BAWAH

FB : Nur Hidayah Ahmad

IG : vitamin.hidayah4582

Jom tingkatkan kesihatan dengan suplemen Shaklee Shaklee, hubungi saya segera.

Saya adalah Pengedar Shaklee di IPOH. COD di Kampar, Gopeng, Batu Gajah, Simpang Pulai dan area berhampiran dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Atau anda berminat untuk join ahli, ini adalah kelebihan yang akan anda nikmati

Berminat Untuk Mendafar???

Terima Kasih Kerana Sudi Mengunjungi Blog Saya..Sayang Semua..