TANDA – TANDA PENYAKIT HYPERTIROID

 

Hari ni saya nak share masalah penyakit tiroid dengan anda semua.Penyakit tiroid adalah satu penyakit dan ia datang tanpa di duga. Datang dalam senyap – senyap dan tidak terasa pun sebab tanda-tanda penyakit tiroid ni biasanya tak begitu dirasi oleh pesakit.Akan tetapi ada juga tanda-tanda yang jelas seperti tangan yang sentiasa menggeletar tanpa sebab atau keguguran rambut yang luar biasa .Jom kenali apa itu hipertiroid.

 

Apakah hipertiroidisme?

Penyakit Hipertiroidisme keadaan di mana pesakit mengalami lebihan hormon tiroid dalam badan, ini paling kerap disebabkan penyakit “Graves’ disease” yang mana sistem pertahanan badan mengeluarkan antibodi yang merangsangkan kelenjar tiroid untuk mengeluarkan berlebihan hormon tiroid. Di kalangan pesakit yang mengalami “Graves’ disease”, dianggarkan seramai 30% yang turut mengalami masalah mata bonjol atau dinamakan “exopthalmos”.

Bagaimanakah pula rawatan hipertiroidisme?

Kaedah perawatan pula, doktor akan memberi ubat-ubatan antitiroid seperti Carbimazole dan Proplythiouracil (PTU) untuk menyekat pengeluaran hormone tiroid yang berlebihan. Satu kesan sampingan adalah ubatan ini adalah pesakit akan mengalami kekurangan sel darah putih yang diperlukan untuk mempertahankan badan dari jangkitan kuman.

Oleh itu, jika anda mengalami demam dan sakit kerongkong setelah dimulakan dengan ubatan antitiroid, anda patut hubungi doktor anda untuk pemeriksaan fizikal dan ujian darah. Ubatan Propranolol sering digunakan di permulaan rawatan untuk mengurangkan kadar denyutan jantung dan getaran.

Selain daripada itu, pilihan rawatan yang lain adalah radioaktif iodine (RAI) yang boleh memusnahkan sel-sel kelenjar tiroid. Risiko utama rawatan ini ialah kemungkinan berlebihan sel-sel tiroid terhapus dan menyebabkan kegagalan pengeluaran hormone tiroid yang mencukupi dan hipotiroidisme terjadi.

Pilihan rawatan terakhir ialah kaedah pembedahan di mana sebahagian atau keseluruhan kelenjar tiroid dikeluarkan. Pembedahan ini dikaitkan dengan risiko seperti kecederaan saraf dan kekurangan pengeluaran hormone tiroid. Selepas rawatan radioaktif iodine dan pembedahan, kerapkali rawatan ubat/pil hormone tiroid perlu diambil untuk mengawal keadaan hipotiroidisme dan mengekalkan paras hormone tiroid dalam tahap normal.

Berikut adalah tanda-tanda dan gejala hipertiroidisme

• Kadar denyutan jantung laju
• Kurang tahan cuaca panas
• Penyusutan berat badan
• Keguguran
• Perasaan cemas dan cepat marah
• Masalah susah t idur
• Kelemahan otot dan getar tangan
• Cirit birit
• Pendarahan haid yang kurang

Rawatan untuk Hipertiroidisme

• Propylthiourasil (PTH)
• Carbimazole
• Propanolol

Simptom-simptom hiperthiroid adalah berbeza bagi setiap individu. Simptom bergantung kepada berapa banyak hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar tiroid, tempoh menghidap hyperthyroid dan faktor umur. Jika anda sudah lanjut umur, simptom-simptom seperti di atas juga terjadi disebabkan oleh penuaan.

Individu yang menghidap Grave’s Disease biasanya menghadapi beberapa simptom lain seperti:-

Goiter iaitu leher (di bawah dagu) membengkak (tetapi tidak sakit)

Kuku menebal dan terangkat daripada kulit

Pretibial myxdema iaitu kulit menjadi berketul-ketul, kemerahan dan tebal pada bahagian hadapan tulang kering dan kadangkala pada bahagian atas kaki

Grave’s Ophthamopathy iaitu mata terjojol dan merah.

Bahayakah Tiroid ni?

Ya,memang agak berbahaya sekiranya pesakit tidak merawat awal-awal lagi. Bahkan tiroid ni boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan. Ibu yang mengandung dan juga pesakit tiroid boleh keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental.

Golongan pesakit hipertiroid lebih banyak berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.

Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Diharapkan agar tips berikut boleh membantu mengurangkan simptom-simptom penyakit tiroid (hyperthyroid):-

  1. Pesakit perlu mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti produk tenusu (susu, keju dan aiskrim), gandum (gluten), soya, jagung, bahan pengawet dan bahan kimia tambahan dalam makanan. Pesakit juga boleh dapatkan ujian alahan daripada doktor.
  2. Pesakit perlu makan makanan yang tinggi vitamin B dan zat besi, seperti bijirin penuh (whole grains) dan sayuran segar.
  3. Diingatkan juga bahawa zat besi juga boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.
  4. Pesakit perlulah makan makanan yang tinggi antikoksidan, seperti buah-buahan (bluberry, ceri dan tomato) dan sayuran (seperti labu dan bell pepper)
  5. Pesakit perlu mengelakkan makanan seperti roti putih, pasta dan gula.
  6. Pesakit juga perlu mengurangkan pengambilan daging; lebihkan pengambilan ikan, kacang dan protein.
  7. Pesakit perlulah hadkan pengambilan daging yang diproses seperti makanan segera.
  8. Pesakit perlu gunakan minyak masak seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
  9. Pesakit perlu kurangkan atau tidak mengambil makanan yang mengandungi lemak trans seperti biskut, kek, kentang goreng, onion ring, donut, makanan yang diproses dan majerin.
  10. Perlu juga elakkan alkohol dan tembakau. Perlu berbincang dengan doktor anda sebelum ingin mengambil produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman ringan.
  11. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 5 kali seminggu.

Continue reading “TANDA – TANDA PENYAKIT HYPERTIROID”