TIPS KECUTKAN TONSIL SECARA SELAMAT

Mengalami sakit tekak ketika demam sering terjadi kepada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Lazimnya, jika mengalami sakit tekak seperti ini, ia disebabkan oleh tonsil yang membengkak akibat jangkitan kuman.

 

 

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut. Tonsil berfungsi untuk menapis virus dan bakteria daripada masuk ke saluran pernafasan kita. Dan sekali gus menjadikannya salah satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, kadangkala tonsil gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu untuk menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi dan membengkak. Keadaan ini dipanggil sebagai tonsilitis.

 

Tompokan putih menunjukkan tonsil telah dijangkiti kuman.

 

JOM KITA KENALI DULU APA ITU TONGSIL SEBENARNYA??

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri  daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-
 ♣ Adenoids – tonsil yang terletak di belakang hidung
♣ Lingual tonsils – tonsil di belakang lidah
♣ Palatine tonsils – tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.
Apa Itu Radang Tonsil?
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jangkitan di dalam mulut contohnya. Pembengkakan ini merupakan reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan membengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.
Apakah Penyebab dan Gejala Tonsil?
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Continue reading “TIPS KECUTKAN TONSIL SECARA SELAMAT”

CARA CEPAT MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Hipertensi ataupun dikenali sebagai tekanan darah tinggi sering terjadi kepada semua golongan tidak kira umur dan keturunan. Ianya merupakan penyakit yang berangkai kerana melibatkan kenaikan kolesterol, serangan jantung dan juga stroke.
Oleh itu, kita perlu mengetahui tanda-tanda tekanan darah tinggi, gejala berlaku serta tindakan perlu diambil untuk prevent. Seperti kata pepatah “Prevention is better than Cure”.
WHO ( World Health Organization ) mengklasifikasikan kategori tekanan darah sebagai berikut:  
Kategori Sistolik Diastolik:
Optimal < 120 < 80
Normal < 130 < 85
Normal-Tinggi 130 – 139 85 – 89
Hipertensi ringan 140 – 159 90 – 99
Hipertensi Sedang 160 – 179 100-109
Hipertensi Berat >=180 >110

Continue reading “CARA CEPAT MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI”

CARA MERAWAT KENCING KOTOR DENGAN BERKESAN

 

Kencing kotor merupakan sejenis jangkitan pada saluran kencing dan 80% kes adalah disebabkan kuman bakteria E.Coli.

KENALI  KENCING KOTOR

Menurut sumber yang boleh dipercayai, hampir 50% wanita akan mengalami kencing kotor atau jangkitan kencing sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Daripada jumlah ini, 20% daripada mereka yang pernah terkena kencing kotor akan mengalaminya lagi.

 

Continue reading “CARA MERAWAT KENCING KOTOR DENGAN BERKESAN”

10 TANDA AWAL KANSER OVARI DAN CARA MENGUBATINYA

Ramai yang menganggap kanser ovari sebagai ‘pembunuh secara diam’ kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda ketara dan sangat cepat meragut nyawa. Lebih menakutkan,lagi ada statistik yang menunjukkan bahawa ia boleh menyerang wanita seawal usia 26 tahun di Malaysia.Sangat menakutkan…

KANSER OVARI MUDAH DIKENALPASTI
Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang, Dr Andi Anggeriana Andi Asri kanser ovari adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu.Anda harus berwaspada!!

Ovari adalah organ dalaman wanita yang reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan. Organ ini berbentuk buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks).
Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus.

Continue reading “10 TANDA AWAL KANSER OVARI DAN CARA MENGUBATINYA”

CARA MENGATASI MASALAH KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN

Kolesterol adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah. Antara fungsi kolesterol adalah menghasilkan membran sel dan menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D. Ia dipanggil kolesterol baik.

Namun apabila seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat seperti tinggi pengambilan lemak tidak tepu, kurang bersenam, obesiti, merokok serta minum alkohol menyebabkan kolesterol ‘jahat’ berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri.

Apabila kolesterol tinggi, maka mudahlah terdedah kepada sakit jantung dan pelbagai penyakit lain.

 

Jom kita lihat pula beberapa contoh punca yang menyebabkan punca kolesterol tinggi dalam badan anda.

Continue reading “CARA MENGATASI MASALAH KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN”