PETUA HILANGKAN SELSEMA DAN BATUK KANAK-KANAK

Kanak-kanak dan baby adalah antara individu yang paling mudah dijangkiti batuk dan juga selsema. Ia adalah normal jika mereka masih aktif dan menyusu seperti biasa. Namun, jika mereka tiba-tiba tidak aktif dan juga tidak mahu menyusu sehingga berat badannya menurun, segeralah bawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lajut. kerana ditakuti virus selsema dan batuk sedang merebak.

Biasanya, doktor tidak akan memberi ubat batuk dan selsema jika bayi anda masih di bawah 6 bulan. Doktor hanya akan memberitahu bahawa ianya normal bagi bayi kerana masih ada lendir yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir, iaitu batuk berkahak. Ia akan keluar sendiri melalui muntah atau najis. Jika diberikan pun hanya 1 ml ke 2 ml sahaja.( doktor akan bagi ubat sirap yang berwarna merah ).

Jom kita tengok apakah punca batuk dan selsema terjadi di kalangan kanak-kanak??

Menurut sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, salah satu penyebab utama gejala selesema dan batuk ialah virus dan bakteria yang menjangkiti saluran pernafasan atas iaitu di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring. Berdasarkan lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada kanak-kanak.

Anak anda mungkin juga diserang selesema dan batuk di sebabkan oleh reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan. Selain itu, faktor cuaca seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk serta sistem imun yang rendah akan melemahkan pertahanan badan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.

Antara sebab lain punca berlakunya batuk dan selsema ialah jangkitan pada bahagian pernafasan atas atau kerongkong, alahan, asma, batuk kokol, jangkitan sinus dan juga batuk kering.

Batuk juga adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendiran dari saluran pernafasan, sebenarnya.Jadi, jangan risau sekiranya anak anda mengalami batuk dan selsema dalam masa yang pendek, tetapi sekiranya berterusan dalam masa yang agak lama, anda perlulah membawa mereka berjumpa doktor.

Batuk juga dapat menghindarkan jangkitan kuman kepada tekak dan paru-paru. Pada masa yang sama, batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan.

Misalnya, saat kita tersedak akibat makanan atau minuman yang tersasar ke saluran pernafasan, batuk akan mengusir keluar benda asing itu. Ibu bapa dinasihatkan membawa kanak-kanak berjumpa doktor apabila batuk berlanjutan melebihi enam minggu, atau lebih awal.

Masalah ini, perlu dipandang serius jika pesakit mengalami demam kuat sehingga 38-42 degree dan mengalami kesukaran bernafas dan warna kahak berubah menjadi kuning atau hijau. Kanak-kanak akan dibekalkan dengan antibiotik sekiranya mereka didapati mendapat jangkitan kuman bakteria bagi mengurangkan keterukan jangkitan.

Antara petua yang diamalkan oleh nenek-nenek kita dahulu untuk menghilangkan batuk dans elsema kanak-kanak adalah

 

1. Bawang Putih

 

Saya pernah menggunakan rawatan selsema bayi ( anak saya, Nur Aira Hannan ) ketika anak saya masih dalam pantang. saya menggunakan rawatan bawang putih dan sibakar dan saya mencincangnya dan masukkan dalam stokin anak saya bersama sama sedikit campuran minyak dan lumurkan di bawah tapak kakinya. Dikatakan rawatan ini mampu menghilangkan selsema bayi.

 

2. Mandian Lemon

 

Saya juga pernah menggunakan rawtan ini. saya mandikan anak saya dengan hirisan lemon dan air suam. Kaedah ini dirasakan lebih berkesan daripada kaedah bawang putih tadi ( bagi pandangan saya ).

 

3. Hirisan Bawang Merah

 

Saya juga pernah menggunakan rawatan ini, saya meghiris bawang besar ( bawang merah ) dan meletakkannya di sekeliling bantal baby. Cara ini dikatakan mampu menghindarkan bakteria yang mengjangkiti bayi.

 

4. Kunyit

 

Saya juga pernah amalkan cara ini, dimana saya mencalit sedikit hirisan kunyit hidup di atas hidung anak saya yang menghidap selsema.

 

Namun, kini saya mempunyai cara moden yang mampu mmuaskan hati saya terhadap tahap kesihatan anak saya, iaitu dengan mengamalkan suplemen. Seteleah mengamalkan suplemen kepada anak anak saya, Alhamdulillah, syukur sangat mereka kurang demam dan batuk. Dan sekiranya batuk dan selsema, iainya tidak melarat sehingga berhari – hari. Syukur sangat…

 

 

ini si kecik Aira Hannan anak saya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah suka kan omega guard dan anak saya ni, Alhamdulillah jarang batuk dan selsema dalam masa yang lama…🙂

Ingin mendapatkan suplemen ini untuk anak anda juga???

Hubungi saya pada talian wasap

Atau anda boleh hubungi saya di

FB : Nur Hidayah Ahmad

atau Instagam : vitamin.hidayah4582